in ,

Pemandu Cuai Hampir Ragut 3 Nyawa Sekeluarga, Tak Rasa Bersalah ‘Post Content’ Happy Di TikTok

Untitled Design 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dirakam melibatkan sebuah kemalangan yang berlaku sehingga hampir meragut tiga nyawa sekeluarga.

Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada seorang pemandu cuai yang telah memandu dengan laju. Insiden itu telah membangkitkan kemarahan netizen yang menyelar tindakan tidak bertanggungjawab pemandu itu.


 

 

Artikel berkaitan : “Habis kereta kena rempuh!” – Wanita Terkejut, Kereta Dihentam Dari Belakang Oleh Pemandu Mabuk

Artikel berkaitan : Lagi Kes Pemandu Mabuk, Dua Kanak-Kanak Termasuk Seorang Bayi Parah

 

Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu membawa sebuah keluarga, termasuk seorang bayi yang berusia 6 bulan. Mereka sedang memandu di lebuhraya di mana secara tiba-tiba kereta mereka dihentam dengan kuat oleh Honda Civic yang sedang memandu dengan laju.

 

Akibatnya, kereta Myvi yang dinaiki keluarga itu terbabas dan berputar di jalan, sehingga menakutkan keluarga yang menerima impak insiden itu.

 

Car2

Car3

Pemandu ‘post’ di sosial media tanpa rasa bersalah

 

Namun apa yang tidak masuk akal adalah tindakan pemandu ini yang bertindak mengambil mengambil ‘selfie’ dengan gembira di lokasi kemalangan sebaik kemalangan berlaku. Bukan itu sahaja, malah mereka tanpa rasa bersalahnya menunjukkan isyarat tangan “V”, dan kemudiannya memuat naik gambar itu dengan kapsyen,

“Jangan panik apabila sesuatu berlaku, hanya buat TikTok ( buat ‘content’) untuk mengurangkan tekanan.”

 

Tiktok

Terjemahan daripada karakter Cina itu merupakan satu ‘trend’ di TikTok. Meskipun begitu, tindakan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab selepas insiden buruk yang berlaku, apatah lagi ia melibatkan hal nyawa manusia.

 

Apabila ditanya bagaimana perasaannya semasa kemalangan, pemandu itu dengan tidak malunya mendakwa ‘berasa gembira’. Ketika kejadian, kereta itu dinaiki oleh tiga orang lelaki muda, termasuk pemandunya.

 

Car

Keluarga dengan anak berumur 6 bulan sahaja

Salah seorang penumpang kereta malang itu telah berkongsi pengalaman mereka dalam sebuah hantaran di Facebook. Dia memberitahu telah berada di atas jalanraya sejak jam 9 pagi selepas bertolak dari Jitra, Kedah. Perjalanan itu cuma berbaki 40 minit lagi untuk sampai ke destinasi yang dituju mereka di Melaka. Tetapi, tiba-tiba kereta mereka telah dihentam dengan kuat dari belakang oleh kereta jenis Honda Civic yang dipandu dengan laju.

 

Dia turut menceritakan bagaimana kereta yang dinaiki terbabas dan berputar di jalan. Namun, keluarga itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Tindakan pemandu cuai itu juga dikritik.

 

Selain mengungkap rasa lega, dia juga tidak dapat membayangkan keadaan yang lebih teruk mungkin berlaku apatah lagi terdapat bayi yang hanya beusia 6 bulan di dalam kereta tersebut. Kejadian itu telah mengakibatkan kereta Myvi yang dinaiki mereka rosak teruk, dan dia memaklumkan turut menuntut pampasan dari pemandu.

 

 

 

Sementara itu, netizen telah berkongsi pelbagai reaksi terhadap kejadian itu. Rata-rata berpendapat tindakan pemandu itu tidak wajar dan perlu diberikan pengajaran.

 

“Mereka sekeluarga hampir maut tau. Macam mana diorg masih ada hati untuk pose happy-happy untuk content TikTok?”

“Tindakan tak peduli lelaki ni memang mengejutkan. Kami berharap wanita tu buat laporan polis dan mereka tak boleh dah ganggu pengguna jalan raya yang lain nanti!” 

 

Semoga pemandu tu nanti dapat belajar daripada kejadian ni, nak guna jalan raya tu bukan dia sorang je tau! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.