Setelah video perbuatannya tular di media sosial, pemandu Toyota Camry berwarna putih dilaporkan telah berjaya di tangkap jam 3 petang semalam, iaitu beberapa jam selepas kejadian.
Lapor Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohd Daud berkata, pemandu kenderaan itu kini sedang disiasat oleh pihak polis.
Pelaku berjaya ditangkap dan siasatan lanjut sedang dijalankan”
Dia ditahan beberapa jam selepas video kereta Toyota Camry yang dipandunya itu bertindak melalui lorong kecemasan sehingga menyebabkan kemalangan kepada seorang penunggang dan pembonceng motosikal di laluan Karak menghala ke Kuala Lumpur.
Video rakaman dashcam dari sudut depan dan belakang itu telah telah mendatangkan kemarahan orang ramai kerana pemandu itu terus memecut kenderaannya setelah penunggang dan penumpang motorsikal itu hilang kawalan akibat menukar lorong secara mengejut.
Jadi, warganet meminta orang ramai menularkannya supaya identiti pemandu itu dapat dikesan dan diserahkan kepada pihak berkuasa. Bahkan, Maklumat peribadi pemandu terbabit turut ditularkan orang ramai.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai identiti pemandu dan juga kecederaan yang dialami oleh penunggang dan pembonceng motosikal terbabit masih belum diperoleh.