Saban tahun terutamanya pada musim perayaan, seringkali kita dengar akan kemalangan ngeri berlaku melibatkan bas ekspres yang meragut puluhan nyawa. Kemalangan ini selalunya berpunca daripada sikap pemandu yang tidak menitikberatkan keselamatan di atas jalan raya.
Meskipun tidak semua pemandu bas cuai, namun apa yang dikongsikan Nazrin Haikal Ruslan di laman Facebook tidak boleh dipandang sebelah mata.
Nazrin telah merakam tindak laku seorang pemandu bas Sani Express yang telah memandu secara merbahaya menggunakan dashcam di keretanya pada 18 Julai lepas.
Berikut apa yang dikongsikannya:
“Kehadapan Sani Express, saya cuba post di wall kalian tapi tak keluar pun post nya. Barangkali kalian delete. Takpalah, kita post di wall sendiri.”
“Lihatlah bas kalian ini, dengan bongkaknya membelah jalan raya tanpa mengira keselamatan orang lain. Keselamatan pemandu bas sendiri sudah pasti tidak terlintas langsung bila dia memotong sebegitu.”
Bas Sani Express itu menurutnya (juga dapat dilihat dari video di atas) telah memotong garisan berkembar, menghimpit dua kenderaan, dan dua lagi kenderaan dari arah bertentangan yang terpaksa mengelak demi menghindar dari kemalangan.
Huh bahaya gila!
Malah katanya lagi, meskipun bas dari syarikat ini dikatakan memiliki pelbagai kemudahan dan teknologi yang hebat, namun ianya semua seperti tak berguna apabila pemandu membawa bas dengan cara sebegini.
“Bas anda hebat, ada teknologi GPS, ada speed limiter, ada Free WiFi, pemandu pakai uniform segak ala-ala ‘pilot’. Tetapi, pemandu yang ini, pada hemat saya, layak diambil tindakan sewajarnya,” tegurnya lagi.
Saya memandu waktu petang untuk pulang ke rumah, bukan mahu pulang ke rahmatullah.”
Kejadian yang berlaku pada jam 4.52 petang di jalan Kuala Terangganu-Besut berhampiran Kampung Guntong Luar ini telah menerima pelbagai komentar dari netizen yang rata-rata gerun melihat ‘aksi’ bas tersebut.
Kemaskini: Berhubung dengan kes semalam, pihak Sani Express telah mengeluarkan kenyataan rasmi dari pihak mereka. Menurut syarikat bas tersebut, mereka akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu berkenaan dan siasatan akan dijalankan dalam tempoh 24 jam.
Pihak Sani Ekspress juga mengalu-alukan aduan dari penumpang akan salahlaku pemandu di talian 03-33444542 yang beroperasi 24 jam.
Semoga pengadu membuat aduan kepada pihak berwajib dan tindakan yang selanjutnya diambil terhadap pemandu dan syarikat bas tersebut. Membahayakan nyawa pemandu di atas jalan tu!
Baca: Pemandu Bas Dirakam Membahayakan Nyawa Penumpang, Merokok Sambil Balas Mesej Ketika Memandu Laju