in

Pemain Kelantan United Disiasat Dakwaan Rogol, Direhatkan Dari Latihan & Perlawanan Liga Premier

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah hampir dua minggu berteka-teki mengenai pemain bola yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, Kelantan United FC akhirnya buka mulut.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kelantan United FC Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz baru-baru ini, pasukan ini mengesahkan bahawa salah seorang pemainnya telah disabitkan dengan kes dan dakwaan yang tular.

Justeru, kami memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa dan menunggu laporan penuh berkenaan kes yang didakwa terhadap pemain berkenaan.

Kelantan United FC sentiasa mendukung undang-undang negara dan berpendirian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak di dalam kelab.”

Image From Ios

Namun begitu, pasukan ini menegaskan bahawa pihaknya memegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Kelantan United FC tetap berpegang pada prinsip ‘seseorang itu masih tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah’, maka setelah berjaya dibuktikan, satu tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak.”

Untuk sementara waktu, pemain tersebut telah pun direhatkan dari menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier sehingga diberitahu kelak.

Sebelum ini, media melaporkan pemain bola sepak di Kelantan itu telah ditahan selepas mangsa yang juga seorang jurujual kain dan tudung mendakwa dia telah dirogol oleh pemain tersebut ketika keluar dari bilik untuk membuang sampah di kampung Jalan PCB, 29 Mei lalu.

 

Baca: “Bukan pemain kami” – Kelantan FC Sahkan Tiada Pemain Ditangkap Kerana Dakwaan Rogol

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.