Nama usahawan makanan pencuci mulut, Kieda Crepe sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila tular satu video dari seorang pelanggannya yang mendakwa dia telah dimalukan usahawan berkenaan.
Dalam video yang dikongsikan 5ya_fier4 di TikTok, dia menceritakan pengalamannya ketika berkunjung ke booth Kieda Crepe di Kedah.
Menurutnya, selepas didesak makciknya yang minat dengan usahawan dan pempengaruh tersebut, mereka akhirnya ikut sama beratur panjang untuk membeli pencuci mulut di booth berkenaan.
@5ya_fier4 PART 1 Ini video penjelasan dari pihak saya. Minta semua untuk buka mata dan minda dengar penjelasan ini🙏🏻 Saya memohon maaf atas video yg dipost kerana telah mencetuskan kontroversi bagi pihak kieda crepe & team. Saya akan take down semua video yang mention kieda crepe. #fyp #dessertviral #penjelasan #kiedacrepe #4u #viral
Namun ketika beratur untuk membayar makanan, makcik wanita ini telah mendekati Kieda dengan niat untuk bergambar kerana terlalu minat dengan pempengaruh itu.
Namun apabila Kieda terlihat hanya dua bekas makanan di tangan makciknya, pempengaruh itu didakwa telah memalukan pelanggannya dengan berkata,
Aih takkan beli dua je? Belilah banyak-banyak. Tak maulah ambil gambar kalau beli sikit macam ni.”
Menurut wanita ini, Kieda telah bercakap mengenai hal itu dengan nada yang agak kasar dan terjerit-jerit. Malah situasi itu juga telah mendapat perhatian orang ramai di kedai tersebut.
Ikutkan hati yang malu, nak je letak balik makanan dia,” tulis wanita itu.
Artikel berkenaan: “Kalau dia cakap crepe ibu tak sedap, biarkan sahaja” – Anak Kieda Crepe Dibuli?
Artikel berkenaan: “Thanks Jason!” – Dapat Review 4.2 Dari Jason, Kieda Crepe Tak Melatah!
“Kieda memang suka melawak”
Video wanita itu kemudian mendapat jawapan balas daripada empunya badan sendiri yang mengatakan bahawa dia hanya melawak.
@kiedacrepepenang Replying to @𝕱𝖆𝖎𝖟_02 Aii takkan beli dua ja kot🙂↔️😂 @AMY KIEDA MERCHANDISE @Kiedacrepepenang2 @KiedaCrepeHouse
Kieda suka melawak tapi kalau tak boleh melawak tolong tempek (lekat) dekat dahi ‘Jangan melawak dengan saya sebab saya tak reti melawak dengan Kieda’.
“Kalau kata Kieda tak melawak dengan orang, orang kata Kieda sombong. Tapi Kieda ni jenis friendly punya orang.
“Tak apalah yang buruk itu dari Kieda, Kieda ubah-ubahlah yang buruk tu. Kalau hampa kenal Kieda yang dua tahun lepas, lagi kasar dari ni. Tahun ni dah habis slow down dah. Saya minta maaflah banyak-banyak,” katanya.
Video itu mendapat jawapan balasan kembali dari pelanggannya yang menasihatkan Kieda untuk menjaga kesopanan dan kesusilaan apabila berhadapan dengan pelanggan.
Dia juga meminta netizen untuk henti ‘body shaming’ dirinya dengan mengatakan badannya besar kerana kerap memakan pencuci mulut.
@5ya_fier4 Replying to @hahaha PART2 Ini video penjelasan dari pihak saya. Minta semua untuk buka mata dan minda dengar penjelasan ini🙏🏻 Saya memohon maaf atas video yg dipost kerana telah mencetuskan kontroversi bagi pihak kieda crepe & team. Saya akan take down semua video yang mention kieda crepe #fypシ #kiedacrepe #dessertviral #explained #permohonanmaaf
Saya harap dengan video saya ini dapat menjernihkan keadaan dan saya tak nak viral-viral lagi dah. Saya tak sanggup nak viral-viral lagi. Kurangkan kontroversi, tingkat prestasi,” katanya.
Isu pun dah selesai kan, harap tak adalah gaduh-gaduh dah.
Sumber: TikTok (1), (2)