Pelamin Ala-ala Yuna Dihasilkan Lelaki Ini Buat Ramai Teringin Nak Kahwin Walaupun Tak Ada Calon!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sejak perkahwinan Yuna dan pasangannya berlangsung hujung Januari hari tu, ramai kagum dengan pelamin di majlis perkahwinan penyanyi popular tu. Pelaminnya dibina di kawasan pergunungan dan konsep tropikal yang diguna nampak magical sangat!

Sumber: Suria

Semua orang kagum dengan betapa cantiknya pelamin dan sejak hari tu semua orang teringin nak buat pelamin macam Yuna. Menurut orang yang design pelamin tu, kos pembuatan pelamin Yuna lebih daripada RM70,000 so tinggal kenangan je lah impian kita semua nak pelamin magical macam tu.

Tapi, dalam diam ada individu mendengar luahan hati orang-orang yang mengimpikan pelamin cantik tu dan sediakan servis buat pelamin ala-ala Yuna! Paling penting, harganya takde lah sampai RM70,000, dan tak cecah RM10,000 pun!

Sumber: Twitter

Menurut perkongsian Shaheer Shahmi di Twitter, dia menyediakan perkhidmatan buat pelamin ala-ala Yuna ni dengan range harga dalam RM3,000 je.

Ramai duk memuji-muji kecantikan pelamin yang dibuat Shaheer dan tak sabar-sabar nak tempah servis pelamin. Shaheer adalah seorang wedding planner dan pemilik KS Bridal & Deco yang cover area KL dan Selangor.

“Cantiknyaaaaaaa!” kata seorang wanita di thread Twitter Shaheer.

“Pelamin ni serious lawa!”

“Waaah, saya panggil (servis) awak la, saya nak kahwin ni…tapi takde calon lagi!” 

“Pelamin, baju, semua dah plan. Bakal suami je takde.” 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Memang cantik! Ada ala-ala hutan belantara gitu. Nampak simple dan tenang je tengok pelamin macam ni kan. Selain pelamin, diorang ada sediakan baju pengantin jugak untuk korang yang takde idea lagi nak pakai apa time kahwin. Wah, bagus ni!

So korang yang akan berkahwin tak lama lagi boleh la book awal-awal!

Baca: 7 Mini Pelamin Cantik Area KL Bawah Harga RM450

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.