in

Pelajar Tingkatan 4 Alami Sawan, Gara-gara ‘Overdose’ Hisap Vape ‘Magic Mushroom’

Hisap Vape Magic Mushroom Sawan Kritikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa tahun belakangan ini, vape jenis magic mushroom dikesan menjadi trend terkini dalam kalangan pelajar sekolah.

Terbaharu, seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah di Kemaman, Terengganu dilaporkan mengalami sawan kritikal gara-gara menghisap vape magic mushroom secara berlebihan.


Memetik sumber Buletin TV3, pelajar berkenaan didapati tidak sedarkan diri semasa berada di perkarangan sekolah, pada Isnin lalu.

Artikel berkaitan: “Tanpa rasa malu & takut” – Budak Dirakam Selamba Hisap Vape Sebelah Orang Dewasa

Artikel berkaitan: Puteri Sarah Dikecam Hisap Vape Masa Live, Pembantu Peribadi Perjelas Sebenarnya…

Kejadian itu telah disedari oleh rakannya dan kemudian memaklumkan pada guru sekolah sebelum dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh keluarganya.

Mangsa kemudian dirujuk ke unit kecemasan Hospital Kemaman dan didapati telah mengalami sawan kritikal dipercayai berpunca daripada pengambilan perisa bahan kimia berbahaya secara berlebihan. Difahamkan, pelajar terbabit masih dirawat di hospital.

2802854

Menurut sumber, kegiatan menghisap vape dalam kalangan pelajar di sekolah terbabit telah dikesan aktif sejak tiga tahun lalu dan berada di tahap yang membimbangkan. Susulan itu, keluarga pelajar berkenaan dikatakan telah membuat satu laporan polis.

Memetik kenyataan Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, vape magic mushroom atau mushroom dan shroom adalah bahan halusinogen daripada jenis psilocybin yang bertujuan untuk mendatangkan rasa seronok melampau sebenarnya sejenis dadah.

Katanya, kebanyakan pelajar yang mengambil vape jenis ini telah menunjukkan kesan ketagihan yang tinggi.

Sumber: Buletin TV3, majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.