Sejak berlakunya pandemik Covid-19 ini, pelbagai norma baharu yang perlu dipraktikkan oleh semua orang seperti memakai pelitup muka dan sentiasa menggunakan sanitizer.
Tapi korang ada terdengar tak tentang tentang ciptaan iaitu sejadah anti-korona? Haa jangan berkerut sangat muka tu baca.
Sejadah anti-korona
Baru-baru ini, sekumpulan pelajar di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Muhammadiyah 5 Pucang di Surabaya Indonesia, mempunyai inisiatif mereka tersendiri untuk mengekang penularan Covid-19 ini.
Mereka telah menghasilkan sejadah Anti-Korona (Sajana) untuk mengekang penularan di masjid dan di surau.
Sejadah tersebut diperbuat menggunakan plastik dan perlak (material seperti tikar getah) yang mudah dibersihkan dengan cecair anti bakteria.
Apa yang menarik, warna sejadah itu tidak akan luntur kerana menggunakan cat khusus dan berukuran 60 x 120 cm. Kira nice lah tu.
Menurut Wardatul Ummah, guru yang mengetuai projek tersebut, tertera beberapa tulisan yang memberi peringatan kepada masyarakat seperti ‘Sesudah Solat, Sila Bersihkan’, ‘Sila Pakai Masker’, ‘Cuci Tangan Dengan Sabun’, dan ‘Jaga Jarak Sosial’ pada sejadah tersebut.
“Penghasilan sejadah ini diharap dapat memberi kebaikan kepada umat Islam dalam menjalankan ibadah serta membuka ruang ekonomi dalam kalangan pelajar dalam situasi sukar ketika ini.
“Idea ini 100 peratus daripada pelajar yang bukan sahaja terkesan oleh pandemik tetapi mahu mencari jalan keluar kepada beberapa permasalahan yang berlaku khususnya dalam soal ibadat umat Islam.
“Saya rasa usaha ini satu permulaan yang baik dan ideanya juga menarik dalam kita berjaga-jaga terutamanya ketika solat di surau atau masjid,” – katanya
Sejadah itu sudah mendapat perhatian di Indonesia dan dijangka akan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak untuk kegunaan Ramadan dan Aidilfitri nanti.
Stylo betul eh sejadah zaman now, gittuw
Sumber : mStar
Baca : Apa nak jadi! -Sanggup Gunakan Al-Quran Dan Sejadah Untuk Seludup Dadah Ke Luar Negara