Selepas hampir dua tahun dibenarkan kerja dari rumah akibat pandemik, ramai yang berat hati nak pulang semula ke pejabat. Lagi-lagi dengan jalan raya dan pengangkutan awam yang semakin sesak sejak fasa peralihan ke endemik bermula.
Tapi korang jangan risau! Kalau korang rasa korang lagi efisyen dan produktif bila bekerja di rumah atau pada waktu-waktu yang bukan office hour, korang boleh minta nak kerja secara fklesibel dari majikan tau! Biar betul?
Aturan Kerja Fleksibel (AKF)
Menurut Bernama, pekerja yang mahu bekerja secara fleksibel boleh memohon untuk Aturan Kerja Fleksibel (AKF) kepada majikan mereka di bawah Akta Kerja 1995 yang bakal dikuatkuasakan pada 1 September ini.
Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, korang boleh membuat permohonan ini secara bertulis di mana korang boleh jelaskan apa yang korang mahukan sama ada kerja fleksibel dari segi jam kerja, hari kerja atau pun tempat bekerja.
Bila korang dah buat permohonan ni, majikan perlu membalas dengan memberitahu sama ada dorang setuju atau menolak dalam masa 60 hari secara bertulis. Kalau majikan tolak permohonan korang, dorang perlu jelaskan sebab-sebabnya.
Selain itu, Awang juga turut mengatakan bahawa kajian telah dijalankan untuk bekerja selama empat hari seminggu bagi memastikan majikan tidak terkesan teruk jika ia dilaksanakan pada masa hadapan.
Kajian telah dan sedang dijalankan. Setakat ini, kita lihat tempoh empat hari bekerja itu tidak mengurangkan produktiviti pekerja. Sekiranya ada majikan yang terkesan, kita akan ambil kira kajian berkenaan untuk dibincangkan di pihak kementerian.”
Bagaimanapun, sebelum ini pakar ekonomi Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai mengatakan Malaysia masih belum bersedia untuk melaksanakan polisi empat hari bekerja seperti beberapa negara maju lain ekoran produktiviti yang rendah.
Selain itu, laporan dari Qualtrics juga mengatakan enam dari 10 pekerja di Malaysia lebih suka untuk kerja secara fleksibel berbanding kerja empat hari seminggu.
Kalau korang, nak mana? Kerja fleksibel ke kerja empat hari seminggu?
Baca: “Macam-macam hal” – Pertimbang Potong Elaun Perjalanan Jika WFH, Bos MEF Dikecam Hebat