in

“Pekat Perok latahnya kome” – Netizen ‘Impressed’ Tengok Makcik India Ini Melatah

Ft Makcik India Melatah Perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang dan boleh dikatakan tak pernahlah kita tengok kaum selain daripada Melayu melatah macam makcik ni, boleh dikatakan satu kes rare bila melihat kaum India yang melatah.

The real Malaysian – Netizen


Apa yang menarik perhatian netizen Malaysia apabila menonton video perkongsian @ahjummaizma yang telah meraih 882.9K jumlah tontonan dalam masa sehari ini adalah, latah makcik berbangsa India itu memang gaya-gaya orang Melayu dan sangat fasih dalam dialek Perak.

@ahjummaizma

The Real Malaysian ❤️ #latahmalaysia #latah

♬ original sound – syaifaizma – Ahjumma Izma

Rata-rata netizen terhibur apabila melihat video ini dan mereka juga kagum dengan kefasihan makcik ini bertutur Bahasa Melayu tanpa sebarang slang.

Screenshot 2023 02 07 121747 Screenshot 2023 02 07 121915 Screenshot 2023 02 07 121929 Screenshot 2023 02 07 121945 Screenshot 2023 02 07 122005

Latah bukan penyakit, tapi boleh bawa bahaya

Sekadar info, melatah ini bukanlah satu penyakit tapi ia adalah satu tabiat yang daripada kalangan rakyat kita. Menurut Berita Harian, kamus dunia menggambarkan istilah latah sebagai satu corak tingkah laku neurotik biasanya disebabkan terkejut atau takut.

Tabiat ini dikatakan ditemui buat kali pertama di Tanah Melayu dan cirinya digambarkan dengan meniru tindakan dan kata-kata individu lain.

Pakar Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Neurosurgeri HKL, Dr Mohammaed Saffari Mohammad Haspani berkata, ia bukan satu tindak balas semula jadi kerana ia berlaku di luar kawalan minda sedar, namun seseorang individu itu boleh mengawal tahap tindak balas melampaunya.

Malah, melatah juga ini tiada kaitan dengan usia walaupun ia mungkin dilihat berlaku kebanyakannya dalam kalangan individu berusia dan bagi golongan muda, tindakan melampaunya boleh dipengaruhi faktor persekitaran..

“Agak bahaya jika individu melatah ini diganggu ketika memandu kereta, mengendalikan mesin atau memegang objek tajam.”

Ianya tiada ubat khusus untuk orang latah, sebaliknya beliau menasihatkan agar pihak lain dapat kurangkan daripada ‘menyakat’ golongan ini.

Baca : “Dah tu je yang famous” – Netizen Terbahak Tengok Ara Johari Kenakan Penonton Melatah

Ft Ara Johari Terhibur Peminat Melatah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.