in

“Pekahwinan kami dibatalkan” – Nonny Nadhirah Umum Putus Cinta Pada Tarikh Lahir Niezam Zaidi, Hajat Naik Pelamin Tak Kesampaian

Cc 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan selebriti terkenal Nonny Nadhirah dan Niezam Zaidi yang telah sekian lama menyulam cinta akhirnya mengumumkan percintaan mereka terkandas di tengah jalan.

Nonny,31 mengatakan mereka telah bersepakat untuk menamatkan hubungan percintaan dan turut bersetuju untuk membatalkan perkahwinan yang pernah dirancang sebelum ini.


Berita perpisahan ini dikongsikan sendiri oleh Nonny Instagram miliknya.

C3 7

 

Pada posting berkenaan, Nonny awalnya memberi ucapan sempena hari lahir Niezam Zaidi, namun dengan rasa hiba dia turut mengumumkan bahawa mereka tidak lagi bersama.

“Happy birthday sahabat. Semoga Allah memberkati & merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yg baik, dikayakan dgn iman,taqwa dan harta.”

“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.”

C4 2

 

Dalam posting yang sama, Nonny dengan rasa rendah hati memohon agar peminatnya terus berdoa untuk kebahagiaan masing-masing.

Dia yakin bahawa apa yang mereka rancangkan adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.

Niezam, 28 juga ada berkongsi satu video di Instagram yang berterima kasih atas ucapan hari lahirnya. Namun, tiada sebarang penjelasan mengenai perpisahannya dengan Nonny.

 

Min pun doakan kebahagiaan korang. Bercinta memang best. Banyak pengalaman kita boleh jadikan pengajaran dalam hidup kita untuk menjadi individu lebih baik pada masa depan.

Baca: Perjelas Hubungan Cinta Dengan Bintang TikTok, Sidang Media Alvin Chong Terima Kecaman

C5 1 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.