Sejak akhir-akhir ini, isu berkaitan kebenaran rentas negeri menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia.
Bukan sahaja itu, isu berkaitan kompaun yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) turut menjadi tanda tanya banyak pihak
Hal ini tercetus kerana, ada yang terus dikompaun dan ada juga situasi yang memerlukan polis untuk membuka kertas siasatan terlebih dahulu.
Ni semua pilih bulu ke?
Bagi menjawab segala persoalan tersebut, seorang peguam yang dikenali sebagai Mufarwa Farid berkongsikan perbezaan antara situasi tersebut di laman Facebooknya.
Mesti ada yang tertanya kenapa ada perbezaan antara dikompaun terus dan ada yang kena buka kertas siasatan polis ni kan?
Dia memberitahu, jika kesalahan tersebut berlaku dihadapan polis atau pihak kesihatan secara bersemuka, maka mereka tersebut berhak untuk dikompaun.
Manakala untuk situasi buka kertas siasatan ini pula, akan dilaksanakan jika insiden tersebut di luar pengawasan pihak berkuasa.
Tambahnya lagi, orang awam turut boleh membuat laporan kepada polis jika mereka mendapat maklumat atau melihat sebarang situasi yang mencurigakan.
Tak boleh terus kompaun
Menurutnya lagi, pihak berkuasa tak boleh senang-senang nak kompaun walaupun ada dapat laporan daripada orang awam.
Mereka akan membuka kertas siasatan tersebut untuk meneliti setiap aspek kesalahan yang dilakukan sama ada oleh si pelaku atau pun penganjur tersebut.
Selain itu, sebarang kompaun hanya boleh dikeluarkan oleh anggota polis yang berpangkat Inspektor dan ke atas sahaja.
Harap-harap dengan penerangan dan penjelasan daripada daripada yang lebih pakar ni mengurangkan sikit tanda tanya kita semua. Take note ya!
Sumber : Facebook