Isu perceraian pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura telah menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen dan rakan selebriti.
Tak cukup dengan itu, ada juga ahli agama memberikan pandangan berhubung isu perceraian dan tidak ketinggalan juga peguam seperti Hafidzah Hassan yang ingin memberi pandangannya berhubung isu ini.
Artikel berkaitan: “Saya dah setuju tak failkan nusyuz” – Fattah Amin Dakwa Ada Simpan Aib Fazura?
Artikel berkaitan: Fazura Didakwa Langgar Perintah Mahkamah? Ini Kenyataan Peguam Fattah Amin
“Maaf saya team Fattah Amin”
Hafidzah Hassan menerusi perkongsiannya di Facebook secara terbuka mendedahkan bahawa dia menyokong pelakon Fattah Amin.
Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah. Maaf saya team Fattah Amin,” tulisnya.
Perkongsian Hafidzah menerima pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata menyokong pilihannya dan ada juga yang bercanggah pendapat dan menyatakan sokongan terhadap Fazura.
Hafidzah perjelas apa itu penghinaan mahkamah
Dalam pada itu, Hafizdah juga tampil menjelaskan mengenai penghinaan mahkamah yang berkait dengan isu perceraian Fattah dan Fazura.
Menurutnya, antara contoh yang paling common mengenai penghinaan mahkamah apabila salah seorang daripada pasangan tidak mematuhi perintah mahkamah dalam isu hak penjagaan anak-anak.
Jika ia terbukti individu terbabit melakukan perlanggaran perintah mahkamah dan sebagainya, individu ini menurutnya boleh didenda atau dipenjarakan.
“Jadi tentang adakah memberi kenyataan kepada media, secara umumnya, boleh disabitkan seseorang dengan penghinaan mahkamah?
“(Ia berlaku) hanya sekiranya mahkamah memberi perintah sedemkian. Contoh, pihak-pihak ini kata di depan Hakim dia sudah cakap sesuatu dan Hakim cakap saya tak nak perkara-perkara settlement ini atau perkara yang jadi punca diuar-uarkan kepada orang awam.
“Jadi kalau benda itu ada (terjadi), mahkamah boleh beri perintah untuk semua orang diamlah. Macam gag order, jangan cakap apa-apa.
“Jadi jika mana-mana pihak mengeluarkan mana-mana kenyataan, terutamanya berkaitan dengan apa yang specific telah dinyatakan oleh mahkamah, maka pihak yang terkesan bolehlah memfailkan satu permohonan penghinaan mahkamah.
“Kalau mahkamah sabitkan barulah boleh jadi penghinaan,” katanya.
Menurutnya lagi, selagi ia tidak diputuskan mahkamah, perkara itu tidak boleh dikatakan sebagai penghinaan mahkamah.
Tambahnya lagi, sebaiknya netizen janganlah masuk campur urusan perceraian berkenaan atau memberi komen yang tidak wajar kerana kita tidak mengetahui fakta dan sebab di sebalik kes tersebut.
Apa-apapun sebaiknya kita ambillah pengajaran dan jaga keluarga kita baik-baik.
Sumber: Facebook