in

Pegawai Kerajaan Pam Keluar 2 Juta Liter Air Empangan Gara-gara Nak Ambil Telefon

air empangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Telefon pintar zaman sekarang walaupun berteknologi tinggi, namun tak semua phone direka kalis air. Kalau jatuh dalam kolam atau sungai yang dalam, memang akan rosak dan tak dapat baiki dah. Rendam dalam beras pun mungkin tak menjadi.

Namun, seorang pegawai kerajaan di India ini pula telah bertindak mengarahkan air di sebuah empangan dikeringkan agar dia boleh ambil semula telefon bimbitnya yang jatuh ke dalam empangan.


Memetik laporan India.com, pegawai kerajaan itu mengarahkan agar dua juta liter air dari empangan itu dipam keluar .

Empangan itu telah dikeringkan menggunakan pam diesel 30hp dan difahamkan, proses mengepam keluar air itu telah mengambil masa selama tiga hari.

Kejadian bermula apabila telefon pintar mahal milik pegawai kerajaan itu jatuh ke dalam empangan ketika dia sedang berada di kwasan empangan itu yang dalamnya 15 kaki.

1 2 4

Pada mulanya, ada penduduk tempatan yang menyelam di dalam empangan itu untuk mencari telefon bimbit berkenaan namun tak berjaya.

Apabila cara itu tak membuahkan hasil, dia kemudiannya mengepam keluar air empangan itu dan kaedah itu berjaya sebab dia jumpa balik telefonnya selepas tiga hari.

Walau bagaimanapun, telefon berkenaan telah rosak dan tidak dapat dihidupkan meskipun telah ditemui.

Difahamkan, jumlah air yang dipam keluar dari situ boleh digunakan untuk disalurkan ke 1,500 hektar tanah pertanian.

Kerja-kerja mengepam keluar air itu hanya dihentikan apabila pegawai jabatan air dan saliran datang ke empangan setelah mendapat aduan.

Pegawai kerajaan yang mengarahkan air empangan dipam keluar untuk dapatkan semula telefonnya kemudiannya telah digantung tugas.

Dia mendakwa dia telah mendapat kebenaran untuk mengepam air dari empangan itu daripada pihak atasan namun dia sebenarnya hanya dibenarkan untuk pam keluar air sekitar tiga hingga 4 kaki air sahaja, namun menurut laporan, dia sebenarnya telah mengepam keluar air lebih daripada jumlah yang dibenarkan.

Macam-macam hal, last-last phone tu rosak jugak. 

Sumber: India.com

Baca: “Dengar bunyi pelik masa flush” – iPhone Wanita Ditemui Dalam Lubang Tandas Lepas 10 Tahun Lesap

f2 toilet iphone

Sumber: India.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.