in

Pegawai Jabatan Imigresen Ditahan, Disyaki Terlibat Kegiatan Bawa Masuk Warga Asing Tanpa Pemeriksaan Di Pintu Masuk Negara

klia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disyaki terlibat kegiatan bawa masuk warga asing di pintu masuk negara tanpa pemeriksaan, seorang pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 telah ditahan beberapa hari lalu.

5 3
Gambar Sekadar Hiasan

Menurut laporan Berita Harian, dua pasport Sri Lanka dan sembilan pasport Pakisatan telah ditemui dalam baju sejuk yang dipakai oleh pegawai imigresen itu oleh pasukan Unit Integriti Jabatan tesebut ketika penahanan itu dijalankan.


Pegawai berkenaan ditahan selepas pihak pasukan Unit Integriti mendapat maklumat berkaitan kegiatan tersebut.

Artikel Berkaitan: Pegawai Imigresen KLIA ‘Kantoi’ Selit 12 Pasport Asing Di Pinggang, JIM Jalankan Siasatan

Artikel berkaitan: Wanita Dakwa Diherdik Staf Imigresen Ketika Renew Pasport, Sebab Tak Fasih Cakap Bahasa Melayu

Untuk siasatan lanjut, pegawai berkenaan yang ditahan kemudiannya telah diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Menurut Datuk Zakaria Shaaban iaitu Ketua Pengarah Imigresen, pihak mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang mencemarkan nama baik jabatan tersebut.

Jika terbukti bersalah, tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai yang terlibat dengan kegiatan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.