Ingatkan cuba melanggar undang-undang, rupanya sedang bertarung nyawa dengan haiwan yang berbisa.
Itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki dari Queensland, Australia. Dia ‘terpaksa’ memecut laju hingga 100km/h untuk menuju ke hospital selepas sedar kereta yang dipandu itu ada ular berbisa yang menumpang, lapor The Sun.
Lelaki yang berusia 27 tahun itu juga merupakan seorang pemandu lori. Dia mendakwa ketika dia sedang memandu, tiba-tiba ada ular tergelincir pada kakinya.
Ular yang dikatakan itu adalah jenis Eastern Brown Snake. Reptilia ini merupakan haiwan yang mengandungi racun paling tinggi.
Menurut Australia Geographic, racun pada ular ini boleh menyekat laluan darah dalam badan dan mampu membuatkan seseorang lumpuh.
Untuk pengetahuan korang, sebahagian besar kematian di negara berkenaan adalah disebabkan oleh gigitan ular ini tau.
Pemandu itu turut mendakwa, dia hanya memandu dengan kelajuan 100km/h sambil menekan brek beberapa kali. Tapi setiap kali dia gerakkan kaki, ular itu akan melilit lebih kuat dan menyerang kerusi di antara dua kakinya.
Ini membuatkan dia tiada pilihan lain selain membunuh ular itu dengan pisau yang berada di tempat duduk sebelahnya.
Disebabkan takut terjadi apa-apa, dia bergegas ke hospital untuk memeriksa sama ada dia digigit atau tidak.
Dalam perjalanan menuju ke hospital, lelaki ini telah ditahan polis sebab bawa laju. Waktu itu, dia ceritakan segalanya pada anggota itu.
https://www.facebook.com/339665603253/videos/272362133987010/
Nasib baik, lepas buat pemeriksaan di hospital, lelaki ni tak mempunyai apa-apa kecederaan.
Fuh, ngeri betul. Nasib baik tak ada apa-apa.
Baca: “Batman ni real rupanya” – Gambar Kelawar Sebesar Manusia Buat Netizen Terkejut