Semalam Perdana Menteri Malaysia, TS Muhyiddin Yassin telah mengumumkan barisan kabinet baru di bawah pimpinannya. Melalui siaran langsung, satu negara dengar setiap nama yang disebut beliau yang menyandang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri.
Turut mengejutkan, beliau mengumumkan tidak memerlukan Timbalan Perdana Menteri buat masa sekarang dan 4 Menteri Kanan dilantik bagi membantunya untuk menyelaraskan hal ehwal kabinet berkaitan ekonomi, keselamatan, pembangunan insfrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.”
Dari Syed Saddiq ke Reezal Merican
Nama Syed Saddiq menjadi trending di Twitter selepas netizen memberi respon masing-masing apabila Dato’ Sri Reezal Merican diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan menggantikannya.
Tahniah YB Reezal Merican Naina Merican dan saudara Wan Fayhsal atas lantikan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Selamat menjalankan tugas dan berkhidmat sebaiknya untuk masa depan belia dan juga kemajuan sukan negara!#teamKBS
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) March 9, 2020
Bagaimanapun, ramai netizen tidak faham mengapa Reezal yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan sedangkan usianya bukan dalam kategori belia. Mereka meragui Reezal mampu untuk faham apa yang diinginkan oleh golongan belia di usia 47 tahun.
https://twitter.com/shiebnaa_/status/1236977160293773312
At least Syed Saddiq is a youth and brought fresh ideas. But now, it's back to old elites ruling.
What a cabinet of old men.
Even the youth minister is almost half a century old ?— De Lipas (@havzichiori) March 9, 2020
“Patut bagi Khairy jadi Menteri Belia dan Sukan semula”
Ada juga yang berpendapat seharusnya jawatan itu disandang semula oleh Khairy Jamaluddin yang memang diminati ramai rakyat.
Kata mereka, jawatan sebegini sinonim dengan seseorang yang berbadan fit seperti Khairy apatah lagi ketika beliau menyandang jawatan ini, ramai yang berpuas hati dengan tanggungjawab yang dilaksanakan.
https://twitter.com/_snjvn/status/1236970037233070087
https://twitter.com/itsclrkhns/status/1237045339644821506
Bagaimanapun, agak ramai yang berpuas hati dan seronok bila dapat tahu Khairy Jamaluddin kini kembali dalam barisan kabinet dan berharap beliau dapat melaksanakan tugas yang baru ini dengan baik.
“Bring back Syed Saddiq”
Of course, ada juga yang menggemari Menteri Belia dan Sukan sebelum ini dan berpendapat bro Saddiq paling sesuai memegang jawatan ini dek kerana statusnya juga sebagai belia.
https://twitter.com/aishahrafiqq/status/1236981952416079873
https://twitter.com/HaziqahHasny/status/1236989959887654912
I need ministers that are active on twitter like Dr Dzul , Syed Saddiq etc . We feel more attached to our belived country. Kalau buat banyak program pun pok pek pok pek tapi tak connect with belia through social media , worthless.
— kibu (@goodsojuu) March 9, 2020
Lebih tua, lebih berpengalaman. Lagi bagus!
Tapi ada juga yang berpendapat Menteri Belia & Sukan tidak semestinya disandang oleh seseorang yang masih muda. Menurut mereka, kalau lebih berusia akan ada lebih banyak pengalaman untuk laksanakan tugas.
Mungkin YB Reezal Merican, Menteri Belia dan Sukan ni berguna bila perkara-perkara melibatkan persatuan, kumpulan dan sebagainya (MOM, KOM, FAM, etc). Perkara ni YB Syed Saddiq gagal dulu. Yelah, sebab dia 'budak' lagi. Semoga yang terbaik, YB! ?
— Muadz. (@MuadzMahfud) March 10, 2020
https://twitter.com/fakhrii97/status/1237195743850401794
Bagus la menteri Belia, bukan belia, we need older people (wiser people with knowledge and experience to guide us). Not saying Syed Saddiq is not good. But, have a positive perspectives on everything that happen.
— Loco (@JohnJLoco) March 10, 2020
Apa pendapat korang?