Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mengepam air saluran kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) Kuala Lumpur di Pantai Dalam untuk mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India.
Mangsa merupakan seorang wanita warganegara India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy. Mangsa berusia 48 tahun telah terjatuh ke dalam tanah jerlus yang sedalam kira-kira lapan meter.
Menurut laporan Astro Awani, proses pengepaman tersebut telah bermula sejak tengah hari sebagai salah satu langkah kumpulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk menemukan mangsa.
“Sekarang kami sedang pam air keluar, selepas itu baru anggota kami dapat memasuki lurang kumbahan (manhole) yang mencabar,” kata pihak bomba.
Artikel berkaitan: Tiada Petunjuk Baharu, SAR Mangsa Kejadian Tanah Jerlus Di Masjid India Diteruskan
Artikel berkaitan: Kejadian Tanah Jerlus: Ada Gas Beracun Dalam Pembetung, Hanya Seorang Anggota Sahaja Dibenarkan Masuk Untuk Mencari Mangsa
Dalam pada itu, operasi menyelamat hari ini menumpukan pada dua lurang kumbahan yang terletak di Jalan Melayu dan persimpangan Jalan Melayu.
Selain itu, pencarian semula dia lurang lima dan lurang enam yang terletak di Agro Bank dan Bulatan Kinabalu juga tidak membuahkan hasil.
“Kita buat carian semula sebab berdasarkan semalam kita dah habis semua enam ‘manhole’ dan kita dapati (lurang) lima dan enam ini arus (air) dia agak perlahan.
“Kemungkinan tersumbat ataupun ada serpihan. Sebab tu hari ini kita buat carian semula di ‘manhole’ lima dan enam untuk pastikan tiada apa-apa yang tersangkut.
“Kedua-dua lurang kumbahan itu telah selesai lebih kurang setengah jam tadi dan keputusannya negatif,” katanya.