in

“Pasar Ikhwan di Putrajaya” – Buat Ramai Terngiang, Dr Malar Kongsi Cara Atasi Masalah ‘Earworms’

earworms pasar ikhwan di putrajaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak heboh kes melibatkan organisasi GISBH, ramai mengaku terngiang-ngiang lagu dengan liriknya, ‘pasar Ikhwan di Putrajaya’. Tak kiralah di TikTok ke, Instagram atau Facebook, korang scroll je pasti akan keluar lagu ni.

Bukan itu sahaja, lagu yang dinyanyikan ahli kumpulan GISBH ini turut dijadikan video parodi sesetengah pihak sehingga menjadi siulan orang ramai.


Disebabkan lagu itu sering bermain dalam fikiran, ada kalanya kita akan berasa kurang senang kerana ia bukanlah suatu perkara yang baik untuk kita hafal. Betul tak?

Artikel berkaitan: Premis Ikhwan Di Kelantan Lengang, Penduduk Dakwa Pelanggan Berkurangan Secara Mendadak

Artikel berkaitan: Dr Malar Kongsi Hidup ‘Makin Stress’ Sejak Viral Di Media Sosial

Screenshot 2024 09 24 164207

Ramai rakyat Malaysia kena masalah earworms

Personaliti media sosial yang juga seorang doktor, Dr Malar Santhi berkata situasi teringat-ingat lagu yang tidak disukai itu dinamakan sebagai earworms.

Menerusi perkongsian Dr Malar di TikTok, earworms merupakan satu fenomena yang mana kita tidak menyukai lagu tersebut tetapi sering bermain dalam fikiran.

Katanya, situasi itu terjadi apabila minda kita mengulangi perkara yang sama tanpa kita sedar.

“Sekarang ni ramai masyarakat Malaysia alami masalah earworms. Earworms bermaksud satu fenomena yang mana you all terdengar satu lagu dan lagu tu asyik bermain-main di fikiran anda.

“Tapi you tak suka pun lagu tu, menyampah, benci tapi tak boleh berhenti. Berulang-ulang lagu tu dalam minda anda, itu adalah fenomena earworms.”

@drmalarss

Adalah anda menghidapi masalah EARWORMS? #celotehdrmalar #fyp #fypviral #tiktoknews

♬ original sound – CelotehDrMalar – CelotehDrMalar

Tips atasi masalah earworms

Jelas Dr Malar, ada beberapa cara untuk mengatasi masalah earworms, antaranya seperti menyibukkan diri dengan aktiviti lain atau abaikan lagu tersebut dan cuba mendengar lagu lain.

“Yang pertama cuba sibukkan diri dengan aktiviti lain, yang kedua cuba abaikan, janganlah rasa benci sangat.

“Yang ketiga, kaedah paling berkesan sebenarnya adalah cuba dengar lagu lain, yang anda boleh hafal lirik dan anda suka rentak dia.

“Dengar lagu tu kuat sikit, lama sikit supaya lagu baru tu pula masuk dalam minda dan berulang-ulang lagu baru,” katanya.

Justeru, Dr Malar berharap dengan perkongsian tersebut, rakyat Malaysia sembuh daripada masalah ini.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.