in

Pasangan Suami Isteri ‘Gurau’ Bagi Anak Umur Setahun Hisap Vape, Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah

Ft Anakvape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal Mei lepas, viral video seorang kanak-kanak diberi menghisap vape beberapa kali oleh bapanya. Video yang tular di media sosial itu mendapat perhatian netizen yang bertindak mengecam perbuatan kedua ibu bapa kanak-kanak berusia satu tahun sembilan bulan itu.


Polis kemudian menahan bapa kanak-kanak tersebut susulan menerima laporan polis yang dibuat oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas tularnya video rakaman terbabit.

Semalam, pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki mereka dengan memberinya menghisap vape, bulan lepas.

Vape1

Menurut FMT, kedua-dua tertuduh berusia 23 dan 21 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin. Mengikut pertuduhan ke atas mereka:

  • Kedua-dua tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka
  • Didakwa secara bersama-sama telah mengabaikannya dengan cara memberi kanak-kanak itu menghisap vape yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah rumah terletak di Taman Shabat Jaya, Batu Caves pada jam 1 pagi, 2 Mei lalu. Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Vape2

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar dilaporkan menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiapn tertuduh. Bagaimanapun, pasangan itu yang tidak diwakili peguam kemudian memohon jaminan rendah.

Hakim Nor Rajiah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan:

  • Mereka perlu lapor diri ke balai polis sebulan sekali
  • Mereka dilarang tinggal serumah dengan mangsa sehingga kes selesai

Mahkamah menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Baca: Bagi Anak Hisap Vape: Bapa Direman 7 Hari, Anak & Ibu Dibawa Ke HKL

Collage 9

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.