in

“Pasal kes ustaz lain kau diam je” – Michael Ang ‘Sound’ Ustaz Yang Tegur Cara Kamal Adli Lamar Uqasha

michael

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah dan penerbit drama Michael Ang ada buka mulut berhubung dengan isu teguran seorang ustaz pasal lamaran secara terbuka yang dibuat oleh Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Menurutnya, tidak ada apa yang perlu dijadikan isu memandangkan Kamal Adli sudah mendapatkan pengesahan daripada keluarga Uqasha untuk melakukan perkara sedemikian.


Michael Ang juga menyelar tindakan pendakwah yang begitu pantas untuk lantang dalam membuat tegura secara terbuka apabila hal-hal artis tetapi hanya mendiamkan diri apabila ada kontroversi yang melibatkan ‘rakan seangkatan’ mereka.

 

Aku tak faham tu bila bab-bab seangkatan korang tu senyap je korang ye”

kamakuqasha 1

‘Nasihat’ Michael Ang menerusi Instagramnya lagi, kalau nak bagi nama cepat naik, ada cara lain lagi elok daripada menggunakan kaedah menegur artis secara terbuka.

“Aku tak faham lah PU PU ni semua, bila bab artis-artis je buat satu benda cepat je kau nak komen, cepat je ada benda kau nak cakap

Sebab apa kalau korang nak komen artis, cepatlah korang nak famous diaorang akan viralkan sebab kau nak cakap pasal artis kan?

Tapi yang aku tak faham tu bila bab-bab seangkatan korang tu senyap je korang ye, senyap je pasal ustaz-ustaz, PU PU yang tunjuk bebird tu kau diam je, pasal ceraikan bini masa mengandung, pasal dituduh merogol tu pun kau senyap je.”

Michael Ang jadikan Ustaz Ebit Lew sebagai contoh dan panduan yang sepatutnya jika mahu menaikkkan nama sendiri.

“Nak cepat glamor ke ape? Kalau nakk cepat glamor buat lah sesuatu yang betul-betul berfaedah dan baik, contoh Ebit Lew, buukan glamor je orang sanjung lagi.”

https://www.instagram.com/p/CJGRxoFHWPW/?igshid=1ili8t1udprl0

Isu ini dikupas olehnya kerana menerima banyak persoalan daripada netizen yang dm untuk mendapatkan pendapatnya.

Ahad lalu, Kamal Adli ada melamar Uqasha Senrose secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, namun ia ditegur secara terbuka oleh PU Rahmat.

 

Baca : “Jadilah lelaki yang jaga air muka sendiri ” – PU Rahmat Minta Trend Melamar Secara Terbuka Dihentikan

PU

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.