in

Paru-paru Bocor Sebab Jerit Ketika Konsert, Remaja China Dikejarkan Ke Hospital

3Lelaki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Shenzen, China mengalami masalah kebocoran paru-paru selepas menjerit dengan sekuat hati semasa menghadiri konsert kumpulan artis kegemarannya.

Memetik laporan Odditty Central, remaja tersebut dilaporkan mengalami masalah pneumothorax atau paru-paru bocor.


Screenshot 2023 07 29 At 3.50.05 Pm
Gambar hiasan

Pada mulanya remaja itu dikatakan merasakan sakit di bahagian dada selepas menjerit dengan kuat ketika persembahan sedang berlangsung. Dia kemudiannya mengalami kesukaran bernafas lalu rebah serta-merta dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketika mendapatkan rawatan di hospital, doktor mengesahkan alveolar pada salah satu paru-parunya rosak disebabkan menjerit secara berlebihan semasa konsert tersebut.

Pneumothorax merupakan masalah udara terkumpul yang tidak normal dalam ruang pleura di antara paru-paru dan dada. Kondisi itu boleh berlaku akibat kecederaan di bahagian dada, kesan dari penyakit paru-paru atau kebocoran alveolar akibat tekanan teruk.

Screenshot 2023 07 29 At 3.50.16 Pm

Sementara itu, media tempatan melaporkan pasukan doktor berjaya mengeluarkan udara berlebihan dan mengurangkan tekanan pada paru-paru lelaki itu. Remaja itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Baca: Good Vibes Festival Batal, The Kid Laroi Buat Konsert Percuma Di Lobi Hotel

Screenshot 2023 07 29 At 3.48.51 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.