Untuk korang yang tak tahu, Festival Bon Odori sering disambut di Malaysia dan selepas dua tahun tidak dianjurkan kerana pandemik, festival tahunan ini kembali diadakan tahun ini pada 16 Julai 2022 nanti di Kompleks Sukan Negara Shah Alam.
Walaupun ramai yang tak sabar untuk sama-sama menyertai festival yang pada asalnya disambut di Jepun ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menasihatkan umat Islam untuk tidak menyertai Festival Bon Odori kerana didapati mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.
Menurut Idris, kajian yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival ini memang ada unsur-unsur keagamaan.
Jadi kami nasihatkan orang Islam tidak menyertainya atau apa-apa juga program yang membabitkan soal agama serta akidah.”
Sebelum ini juga, beberapa netizen telah mempersoalkan poster yang memaparkan imej anime wanita berhijab dan memakai kimono bagi mempromosikan festival yang dianjurkan oleh Kedutaan Jepun dan disokong oleh kerajaan negeri Selangor ini.
Apa itu Festival Bon Odori?
Untuk korang yang tak tahu, pertengahan bulan Ogos di Jepun adalah masa untuk membuat tarian Bon Odori yang dibuat ketika ‘Obon’ iaitu pesta untuk orang yang telah mati.
Biasanya Obon akan berlangsung selama tiga hari di mana penduduk Jepun akan menjemput roh-roh nenek moyang mereka untuk kembali bersatu bersama keluarga.
Ketika festival ini, semua jalan dan taman di Jepun akan ditukarkan menjadi pentas untuk menari. Lelaki, wanita dan kanak-kanak akan memakai yukata dan kimono berwarna-warni dan akan menari mengikut rentak gendang.
Pada hari pertama Obon, keluarga akan mulakan festival dengan menyalakan api yang dipanggil mukae-bi bagi menyambut kedatangan roh moyang mereka.
Pada hari ketiga, mereka akan nyalakan api yang dipanggil okuri-bi untuk mengucapkan selamat tinggal serta mengapungkan tanglung di dalam sungai untuk menemani roh-roh moyang mereka pulang ke tempat asal.
Baca: “Mandi lumpur beramai-ramai?” – Ini Antara 6 Perayaan Unik Yang Disambut Di Seluruh Dunia!