Sejak akhir-akhir ini, pekerjaan sebagai pembantu rumah dan tukang cuci separuh atau sepenuh masa sudah sinonim di kalangan lepasan universiti. Terkadang bukan mereka dengan sengaja ingin memilih pekerjaan ini sebagai kerjaya, namun oleh kerana desakan kewangan yang melampau, mereka terpaksa.
Pun begitu, pekerjaan seperti ini memerlukan kesabaran dan tahap kerajinan yang tinggi. Kalau nak kemas bilik sendiri pun malas, baik lupakan sajalah jadikan ‘cleaner’ sebagai kerjaya part-time anda.
Melalui IIUM Confession, seorang gadis bernama Ain telah menceritakan pengalaman suka dukanya dalam menjadi seorang part time cleaner.
Customer? Macam-macam jenis ragam!
‘Habuk beranak pinak dekat karpet…’
‘Bau kencing tikus menyengat!’
‘Tahi burung, tahi lipas, tahi segala tahi. Memang taklah aku nak bersihkan.’
‘Aku dulu pun mula (kerja) sebab aku nak cari duit lebih untuk pembedahan jantung ayah aku…’
So macam mana lepas baca luahan confessor bernama Ain ni? Mesti malukan kalau sikap anda sama seperti pelanggan pengotor yang diceritakannya itu. Ish, ish, ish!
Walau bagaimanapun, tak semua orang dapat menimba pengalaman serta ilmu yang diperolehi pengadu ini. Apa yang paling penting, dia jujur semasa melakukan pekerjaannya dan tidak mudah berputus asa sungguhpun terpaksa melalui pelbagai rintangan.
Semoga anak muda zaman sekarang mencontohi sikap yang dimiliki Ain. Yang paling penting, janganlah nampak cantik di luar sahaja, namun di dalam tak seperti yang di sangka-sangka… Malu kalau bakal mak mertua tahu!
Baca: Pemegang Ijazah Kejuruteraan Gagal Dapat Kerja Tekad Jadi Tukang Cuci Rumah Demi Sara Hidup