in

“Palang jalan pun tak nampak!” – Menantu PM Perjelas Kenapa Bantuan Sukar Sampai Ke Sri Muda

Taman Sri Muda Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah dua hari, penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam terperangkap di rumah mereka selepas kawasan tersebut dilanda banjir buruk yang menenggelamkan hampir keseluruhan daripada kawasan tersebut.

Sungguhpun ramai yang telah turun padang untuk membantu, masih ada juga yang memaklumkan terdapat mangsa yang belum diselamatkan dan terperangkap di sana.


Bubungkiba1 1639924867

Situasi ini membuatkan ramai di kalangan netizen tertanya-tanya, sudah dua hari berlalu kenapa masih ada mangsa yang tertinggal di Sri Muda?

 

“Bukan mudah nak masuk dan bantu” 

Menantu Perdana Menteri, Datuk Jovian Mandagie yang terlibat dalam misi bantuan semalam memaklumkan situasi di Sri Muda jauh lebih rumit daripada orang ramai sangkakan.

Menerusi perkongsian di Instagram, dia berada di kawasan berkenaan memaklumkan tidak semua orang boleh masuk ke kawasan itu dengan mudah dan misi mencari mangsa juga berdepan dengan kesukaran kerana tiada palang jalan atau nombor rumah yang kelihatan.

Help 1

Bukan mudah nak masuk dan bantu. Nak mencari sebijik-sebijik rumah pun almost impossible! Palang jalan tak nampak, nombor rumah pun dah terbenam. 

“Guna coordination pun tak jalan, apa kan lagi Google Map! Because there’s no line there. Basically we went randomly to send dry/hot food to victims and evacuate those who wants to get out. 

“Segala jenis bantuan ada: Bomba, polis, DBKL, NGO, personal pun ada. The speen is slow: bukan sebab tak cukup bantuan, tapi susah nak masuk dan hantar bantuan!” katanya.

 

“Kenapa tak hantar heli?” 

Jovian juga memberitahu, situasi yang tak mengizinkan membuatkan pasukan penyelamat tidak boleh menghantar helikopter ke sana.

Kenapa tak hantar heli? Ia sangat mustahil untuk menghantar helikopter ke sana dan buat operasi menyelamat kerana situasi banjir dan kepadatan penduduk di kawasan perumahan itu.  

“Kita doa supaya semua mangsa selamat, dan yang membantu/menyelamat pun selamat! Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakabar!!” katanya lagi.

Bantuan Jm

Posting tersebut mendapat sokongan dan kiriman doa daripada netizen yang berharap lebih banyak mangsa dapat diselamatkan pada pagi ini.

Apa-apapun sehingga setakat ini, misi bantuan ke kawasan terjejas masih lagi diteruskan dan marilah kita doakan semoga banjir di kawasan yang terbabit surut dengan secepatnya.

Semoga mangsa banjir tabah dengan dugaan menimpa dan semoga urusan misi menyelamat juga dipermudahkan. 

Baca: Dakwa Banjir Berlaku Kerana Banyak Maksiat Di Selangor, Kenyataan Gadis Ini Undang Kemarahan Ramai

Untitled 1 10

Sumber: NST
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.