in

Pakar Perunding HR Jelaskan Situasi Hak Pekerja Kalau MC Semasa Cuti Tahunan

Ft Kena Mc Masa Cuti Al

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan, korang tengah ambil cuti tahunan (Annual Leave/AL) tiba-tiba jatuh sakit, pergi klinik dan korang dapat sijil cuti sakit (Medical Certificate/MC), mungkin ada antara korang yang rasa macam cuti korang dah rugi macam tu je sebab kuota tahunan dah dibazirkan begitu sahaja kan?

Ye lah, dah ada plan baik punya lepastu sakit, tempoh cuti dihabiskan untuk duduk rumah, plan entah kemana, cuti AL kena burn macam tu je.


 

Boleh gantikan AL kepada hari lain jika MC

Screenshot 2023 02 15 122707

Tak perlu risau, sebab Pakar Perunding Sumber Manusia (HR), Syakir ada menjelaskan bahawa kita sebenarnya boleh gantikan AL itu pada hari yang baru.

Mengikut penjelasan beliau berpandukan Akta Kerja 1955, Seksyen 60E, Cuti Tahunan (1B), yang menyatakan bahawa seandainya seseorang pekerja itu tengah AL tapi diberikan MC, cuti tahunan itu hendaklah dianggap sebagai tidak diambil, bagi hari-hari di mana cuti sakit atau cuti bersalin yang diberikan sedemikian.

Screenshot 2023 02 15 123440

“Maknanya kalau dapat MC masa cuti tahunan, ia dianggap MC, bukan cuti tahunan, cuti tahunan itu perlu digantikan semula.”

@syakirhr

Replying to @ilyashaq97 mc ketika cuti tahunan #pontengkerja😜😜😜 #cutibersalin #sumbermanusia #aktakerja #cutirehat #wakturehat #pekerja #majikan #undangundang #undangundangmalaysia #hakmajikan #hakpekerja #aktakerja1955 #potonggaji #gaji #gajipekerja #buangkerja #berhentikerja #pindaanaktakerja1955 #cutiam

♬ original sound – SyakirHR – Syakir HR Consultancy

Perkara ini sudah termaktub tapi mungkin ada yang tak alert pasal hal ini, jadi korang sebagai pekerja ada hak untuk claim balik cuti AL yang dah digunakan semula kalau dapat MC daripada doktor sebab dah ada akta untuk hal ini.

Tapi kena ingat, jangan cuba-cuba untuk ambil kesempatan dengan cara menipu MC korang sebab biasanya HR akan call pihak klinik tersebut untuk dapat pengesahan.

Bahkan, pihak klinik/hospital juga ada sistem mereka sendiri kalau dapat kesan yang korang ini cuba ciplak MC mereka. Ini kerana pernah jadi satu kes dekat satu klinik ni, boleh tengok kat bawah ni.

Baca : Klinik Buat Report Polis, Kantoi Pekerja Guna MC Palsu Sampai Dapat Cuti Sakit 5 Hari 

Ft Klinik Iltizan Fake Mc 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.