‘Nyawa’ scammer ni memang panjang kan? Kes penipuan duit ni macam takkan berakhir dan sampai hari ini ada sahaja orang yang tertipu dalam perangkap scammer.
Disebabkan kes ini sering kali berulang dan ada yang kerugian sehingga jutaan ringgit, seorang pakar kewangan telah berkongsi beberapa kaedah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dari ditipu scammer.
Pakar kewangan Islam dan fintech, Muhamad Fahmi Mustafa berkata, semua individu mesti ada konsep Know Yourself (KYS).
“Sebagai individu kita mesti ada konsep KYS. Kita mesti tahu kedudukan kewangan kita. Ini termasuk jumlah pinjaman, baki duit dalam bank, kad kredit, di mana anda pergi dan sebagainya. Dengan keadaan anda yang selalu siap siaga, anda tidak akan mudah cemas jika berdepan scammer.”
5 Cara Untuk Elak Dari Ditipu Scammer
1. Muat turun aplikasi scam filler
Aplikasi yang boleh dimuat naik di telefon bimbit anda adalah Truecaller yang bertindak sebagai first line of defence atau pertahanan awal untuk mengelakkan anda memulakan komunikasi dengan scammer.
2. Jangan beri maklumat peribadi
Maklumat seperti nombor MyKad, kad kredit dan debit kad terutama nombor dibelakang kad (CVV) serta nombor kod pengesahan transaksi (TAC) tidak sepatutnya dikongsikan sewenang-wenangnya.
“Jika maklumat ini diminta, sila letak telefon dan laksanakan mod blok nombor itu. Apapun, selalu bertanya kepada yang lebih arif.”
3. Elak daftar perbankan internet melalui panggilan telefon
Kebiasaan golongan berusia kurang arif mengenai perbankan internet akan menjadi sasaran scammer untuk menyedut duit anda dengan memaksa anda mendaftar perbankan internet dan melakukan apa sahaja arahan dari scammer.
Perbankan internet perlulah didaftarkan secara terus di laman web bank dan bukannya melalui panggilan telefon ataupun link yang diterima dari mesej pesanan ringkas.
4. Elak tekan link pada e-mel untuk menukar kata laluan atau mana-mana link yang meragukan
Individu mungkin juga pernah menerima e-mel daripada pihak lain yang mendakwa dari bank dan menyuruh menukar kata laluan.
“Jangan klik! Jika anda ragu-ragu dan ingin juga menukar kata laluan, sila Google bank anda dan klik pautan dari Google. Selain itu, jika tidak pasti mengenai apa jua maklumat yang diberi, jangan sekali-kali mempercayainya,”
5. Rujuk portal khas untuk semak kesahihan info
Selalu melakukan rujukan portal seperti ccid.rmp.gov.my/semakmule dan scam.my. Di sini anda boleh buat semakan sama ada pemilik akaun atau nombor telefon adalah tulen atau scammers.
Sumber: Harian Metro
Yang paling penting sekarang ni korang kena pantau mak ayah korang tu. Scammer suka cari orang yang dah bersara sebab banyak duit simpanan. Amalkan 5 langkah ni confirm selamat.
Baca: Gila! Lagi Kes Macau Scam, Kali ini Warga Emas Berusia 90 Tahun ‘Lebur’ RM3.83 Juta Ditipu