in

Pakai T-Shirt Unik, Lelaki Ini Sanggup Belanja RM10K Untuk Teman Isteri Ke Konsert Taylor Swift di Singapura

F3 Konsert Taylor Swift

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat industri hiburan dan muzik Barat sudah tentu mengetahui bahawa penyanyi AS, Taylor Swift telah mengadakan konsert The Eras Tour selama enam malam di negara jiran, Singapura.

Memandangkan konsert di Singapura tersebut merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang Taylor Swift kunjungi untuk konsertnya pada kali ini, sudah tentu ramai peminatnya dari negara-negara lain seperti Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina dan termasuklah Malaysia telah terbang ke Singapura untuk ke konsert berkenaan.


Seorang lelaki dari Indonesia telah menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila dia memakai baju T-shirt yang unik ketika menemani isterinya datang ke konsert Taylor Swift itu.

T-shirt yang dipakai oleh lelaki itu difahamkan telah ditempah khas kerana di bahagian belakang baju berkenaan telah disenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dikeluarkannya untuk merealisasikan impian isterinya menonton konsert penyanyi yang popular dengan lagu Love Story itu.

4 2

Artikel Berkaitan: Penari Taylor Swift Jadi Perhatian, Sebut ‘No lah’ Ketika Persembahan Konsert Di Singapura 

Artikel Berkaitan:  Ini Mungkin Sebab Kenapa Artis Luar Negara Lebih Suka ‘Perform’ Di Singapura Berbanding Malaysia…

Memetik laporan Mothership.sg, lelaki tersebut merupakan suami kepada personaliti media sosial Indonesia yang dikenali sebagai Ulfa Merdeka.

Di bahagian belakang baju T-shirt si suami itu, terdapat senarai perbelanjaan yang telah dikeluarkannya untuk membuat isterinya gembira dengan menghadiri konsert The Eras Tour itu.

5 1

Dapat dilihat dia telah menghabiskan wang sebanyak 34,350,000 Rupiah (lebih kurang RM10, 320 jika ditukar ke Ringgit Malaysia).

Antara perbelanjaan yang dikeluarkannya adalah tiket konsert kategori 1, tiket penerbangan dari Surabaya ke Singapura, bermalam 1 hari di hotel, makanan dan minuman, pakaian isteri untuk ke konsert, buah tangan dan juga t-shirtnya yang ditempah khas itu.

Selain itu, di bahagian hadapan t-shirtnya pula telah tertulis, “Aku Bukan Swiftie Tapi Pengen Nyenengin Istri”.

Untuk pengetahuan anda, Swiftie adalah nama kumpulan peminat Taylor Swift.

Bak kata Ali Baba dalam filem P.Ramlee, siapa tak sayang bini oii…

Sumber: Mothership.sg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.