in

Pak Nil Jelaskan Kenapa Siti Nurhaliza Layak Digelar Pakar Di UMCCed

Siti Nurhaliza Pakar Umcced

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di laman sosial sejak semalam apabila ada segelintir pihak yang mempersoalkan kewajaran penyanyi terkemuka tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza diangkat sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan, Universiti Malaya (UMCCed).

Menerusi poster tular itu, pelantikan Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali dengan nama Tokti adalah bagi tempoh dua tahun.


Mereka yang mempertikaikan itu beranggapan gelaran yang diberikan kepada Siti Nurhaliza adalah tidak bersesuaian susulan penyanyi itu tidak memiliki pencapaian akademik yang tinggi.

Artikel berkaitan: Ramai Persoal Lantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sebagai Pakar Di UM, Ini Penjelasan Netizen

Artikel berkaitan: “Sampai masa nanti…” – Ini Respon Siti Nurhaliza Apabila Dicadang Gelaran Biduanita Negara

Namun, bagi pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil mempertahankan pelantikan tersebut.

Gq0Uspnbsaaiqkb

Pak Nil yang juga Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM) menjelaskan bahawa pelantikan Siti Nurhaliza adalah sebagai ikon dan bukannya sebagai ahli akademik atau tenaga pengajar di UMCCed.

“Pelantikan Datuk Siti tu adalah sebagai ikon, bukan sebagai profesor, bukan sebagai tenaga pengajar… hanya sebagai ikon yang memberi promosi tentang pembelajaran berterusan.”

Jelas Pak Nil, walaupun pelantikan Siti Nurhaliza bukan sebagai pengajar, namun pengalaman beliau selama hampir 30 dalam industri muzik juga melayakkan beliau untuk menjadi seorang pakar.

“Beliau antara orang yang aktif dalam aktiviti kemanusiaan dan juga kehidupan beliau, daripada orang biasa menjadi seorang nombor 1 dalam industri, boleh dikira pakar dah,” ujarnya.

@kool101my

Penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza (TokTi), menjadi bualan di media sosial selepas tular poster pelantikannya sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan, Universiti Malaya (UMCCed). Macam PakNil cakap pelantikan Datuk Siti ni adalah sebagai ikon bukan sebagai profesor. Dan Datuk Siti bukanlah akan jadi pengajar di UM. Dengan 28 tahun Datuk Siti dalam industri ini yang melayakkan beliau untuk menjadi seorang pakar. Catch Up Pagi On Point di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint #SitiNurhaliza #PakNil

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Sementara itu, difahamkan Siti Nurhaliza tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCCed kerana menunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkenaan.

Sumber: TikTok, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.