Padan muka! Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan situasi kejadian yang berlaku di jalan raya dekat kawasan Ara Damansara baru-baru ini.
Melalui sebuah video yang viral selepas dimuat naik oleh Info Roadblock JPJ/Polis, sebuah kereta Mazda CX3 dirakam memandu laju di lorong kecemasan. Video tersebut berjaya dirakamkan oleh sebuah dashcam kereta pengguna jalan raya yang lain.
Melalui rakaman, kejadian itu berlaku semalam pada 8.20 pagi di mana jalan tersebut dilihat sibuk dengan banyak kenderaan lain. Kereta Mazda tersebut dilihat laju di lorong kecemasan namun tidak lama selepas itu, pemandu tersebut tiba-tiba masuk semula ke kanan.
Rupa-rupanya, ada polis trafik dekat lorong kecemasan tu. Mungkin rasa dia dapat ‘lepas’, pemandu Mazda tersebut terus pandu ke lorong paling kanan untuk lari dari polis trafik berkenaan. Tapi, anggota polis trafik tersebut tak lepaskan dia. Dalam video itu, polis terbabit dilihat berada di tengah jalan dan menahan pemandu Mazda serta memintanya berhenti di tepi.
Tonton video di bawah:
https://www.facebook.com/223545897823128/posts/1655510964626607/?vh=e&extid=vpAqeNFUYeij8WxE&d=n
Ramai netizen yang tonton video tu berterima kasih dekat polis trafik tersebut dan berasa puas hati apabila pemandu Mazda berkenaan terima padah.