Usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencentuskan kontroversi apabila dia cuba melancarkan sebuah lagu raya walaupun sebelum ini mendakwa tiada lagu raya daripadanya untuk tahun ini.
Aliff Syukri baru-baru ini memuat naik sedutan video lagu raya yang mengundang kemarahan orang ramai apabila memaparkan babak dia dan beberapa penari mengenakan kostum aneh.
Seperti tahun-tahun yang lepas, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita sekali lagi terpaksa menegur secara terbuka berhubung video anaknya.
Artikel berkaitan: “Dia buat dahhhh” – Muat Naik Teaser Lagu Raya Baru, Netizen Minta Aliff Syukri Hormat 10 Ramadan Terakhir
Artikel berkaitan: “Bila masa saya curi lagu?” – Penyanyi Dangdut Jawab Dakwaan Aliff Syukri Isu Curi Lagu Raya
Aliff Syukri mohon maaf
Susulan teguran terbuka daripada ibunya, Aliff Syukri memuat satu hantaran di akaun Instagram miliknya memohof maaf kepada semua penonton yang tersinggung dengan video muziknya.
“Kepada mak saya dan semua netizen yang melihat video itu, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.
“Memang kecil hati, saya dah buat susah-susah dah bayar puluhan ribu tapi you all yang tak tengok video klip tu dah kecam melampau-lampau.
“Tak nak bersedih, saya salahkan diri saya. Saya dah delete video tu… padahal ramai yang buat video pelik-pelik di luar sana tapi tak jadi isu,” katanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Bonda Rozita menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa kurang senang dengan video lagu raya yang dilancarkan anaknya dan meminta dia memadamkannya.
View this post on Instagram
Malah, turut menasihati anaknya untuk tidak mengejar content semata dan memperbaiki diri dari sudut agama.
Katanya, ramai yang menyalahkan beliau tidak pandai mendidik anak sehingga perlu membuat teguran secara terbuka.
Sumber: Instagram