in

“Padahal dekat dalam kosong” – Tular Gambar Jalan TAR Sesak Dengan Orang Ramai, Tapi Hakikatnya…

Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, beberapa hari lepas gambar orang ramai beratur panjang nak masuk ke bazar Jalan TAR telah tular di media sosial dengan netizen menyatakan rasa kecewa mereka kerana ramai yang gagal untuk mematuhi SOP.

https://twitter.com/Nizamshams3/status/1386311571714965504?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1386311571714965504%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fworldofbuzz.com%2Flong-queues-at-lorong-tars-ramadhan-bazaar-goes-viral-but-heres-what-actually-happened%2F


Bercakap dengan WORLD OF BUZZ, pemilik gambar, Nizam mengatakan yang ketika hari tersebut dia telah keluar bersama rakan-rakannya dan buat keputusan untuk pergi ke bazar raya di Jalan TAR. Selepas dia ambil gambar barisan panjang tersebut, dia dan rakan-rakannya buat keputusan untuk beratur dan tak sampai 20 minit dia dah boleh masuk ke dalam.

Ketika masuk, dorang diberikan pas beratur bagi menghadkan bilangan orang ramai di dalam bazar. Malah bahagian dalam bazar juga turut terbahagi kepada beberapa seksyen di mana orang ramai perlu pulangan balik pas yang diberikan dan beratur semula untuk dapatkan pas baru untuk memasuki seksyen lain.

Screenshot 2021 04 27 At 5.26.41 Pm

Nizam turut memberitahu, ketika dia berada di sana pihak berkuasa juga banyak kelihatan untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal dan orang ramai sentiasa mematuhi SOP dengan mengimbas kod QR MySejahtera dan penjarakan fizikal.

Malah kalau korang tengok gambar dekat bawah ni, kawasan dekat dalam bazar tu kelihatan kosong!

Screenshot 2021 04 27 At 5.26.52 Pm

Kalau betul dekat dalam tu memang betul-betul ikut SOP baguslah, cuma masa beratur tu mungkin boleh jarakkan sikit kot antara satu sama lain.

 

Baca: “Bila kes naik sibuk salahkan kerajaan” – Jalan TAR Sesak Dengan Pengunjung, Netizen Kecam Ramai Tak Ikut SOP!

Screenshot 2021 04 27 At 5.31.26 Pm

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.