Berikutan dengan kecaman akibat ketelanjuran katanya kepada pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, Janna Nick tampil memohon maaf dan mengaku silap.
Menerusi Harian Metro semalam, Janna Nick menyatakan bahawa dia sudah bersemuka dengan tuan empunya badan sejurus sahaja program itu selesai.
Silap saya kerana tidak peka dalam pemilihan perkataan, namun saya sudah meminta maaf kepada Elly Mazlein sebaik program Melodi selesai” – Janna Nick
Akur dengan teguran warganet, pengacara Melodi itu berkata, insiden yang berlaku, Ahad lalu itu menjadikan dia lebih berhati-hati supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada penonton yang mungkin kurang senang atas apa yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati apabila bercakap dan berusaha memperbaiki lagi corak pengacaraan.”
Dia terima segala teguran dengan hati yang terbuka dan berjanji untuk lebih peka dan sensitif dalam pemilihan perkataan supaya tidak menyinggung perasaan sesiapa.
Malah dia juga menjelaskan yang dia tak tahu perkataan ‘janda’ itu tidak manis. Jadi dia jadikan ini sebagai pengajaran
“Pada tanggapan saya, perkataan ‘janda’ sesuai digunakan, namun saya silap kerana ia sebenarnya tidak manis, apatah lagi untuk program yang disiarkan secara langsung”
Tidak melatah, sebaliknya Janna Nick lebih bersikap terbuka dalam menerima kecaman dan teguran netizen.