in

“Organ mereka berharga” – Ibu Dari ‘Neraka’ Tergamak Lemaskan Dua Bayinya Gara-gara Nak Jual Organ

Ft Mati Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang ibu, sudah semestinya sanggup membuat apa sahaja demi menjaga dan menyayangi anak-anaknya atas dasar kasih seorang ibu.

Sedangkan nyamuk pun tidak dibenarkan menggigit kulit si anak, apatah lagi untuk mencederakan atau membunuh anak yang pernah dikandungnya.


Namun, lain pula dengan seorang ibu yang layak menyandang gelaran ‘ibu dari neraka ini’ apabila dia tergamak membunuh bukan seorang, tetapi dua orang anaknya yang masih bayi semata-mata ingin menjual organ anak-anaknya yang dianggap mempunyai nilai yang tinggi.

Allahu, tergamaknya…

 

Lemaskan kedua-dua bayi perempuan

Mati 1

Wanita berusia 26 tahun itu yang dikenali sebagai Amanda Sharp-Jefferson dilaporkan telah membunuh kedua-dua bayi perempuannya iaitu Rose dan Lily, masing-masing berusia setahun dan 2 bulan dengan cara melemaskan mereka pada 6 November, Jumaat lepas.

Menurut laporan Daily Mail, polis Las Vegas telah menerima panggilan kecemasan pada hari Jumaat daripada Jaykwon Singleton yang merupakan bapa kepada bayi-bayi malang tersebut.

Feat Mati 3

 

Bertindih dalam buaian

Singleton memberitahu pihak polis bahawa dia telah menemui kedua-dua bayi perempuannya yang berada dalam keadaan bertindih antara satu sama lain di dalam buaian.

Dia turut memberitahu pihak polis melalui panggilan telefon itu mengatakan isterinya sendiri yang telah melemaskan kedua-dua anak mereka.

Dia lemaskan mereka… Saya rasa ibu mereka sendiri yang melemaskan mereka..

Si bapa memberitahu pihak polis bahawa dia ada bertanyakan mengapa kedua-dua anak mereka itu diletakkan di dalam buaian secara bertindihan di atas satu sama lain.

Namun, wanita itu terus cuba untuk mendiamkannya daripada terus bertanyakan soalan.

Singleton kemudiannya terus melihat keadaan bayi-bayi mereka di dalam buaian dan mendapati jasad kedua-dua bayi perempuannya itu tidak bernafas dan sudah sejuk tidak bernyawa.

Feat Mati

 

Nak jual organ kerana bernilai tinggi

Menurut pihak polis yang terdengar perbualan mereka melalui panggilan kecemasan yang dibuat, wanita itu terus-menerus mencuba untuk mendiamkan suaminya daripada terus mempersoalkan mengapa dia tergamak membunuh kedua-dua anak mereka.

Wanita itu turut mendedahkan bahawa dia berbuat demikian kerana organ-organ bayi-bayi mereka mempunyai nilai yang tinggi sekiranya dijual di pasaran gelap.

 

Mula bercakap benda-benda ‘aneh’

Feat Mati 2 1

Singleton memberitahu pihak polis bahawa dia dan wanita itu telah bersama sejak tahun 2018.

Hubungan antara kedua-dua mereka pada awalnya adalah normal sehinggalah sejak beberapa minggu yang lalu, isterinya itu mula bercakap mengenai perkara-perkara ghaib seperti roh dari alam ghaib dan menuduh suaminya itu curang dengan isterinya yang lain dalam alam ghaib.

Pada hari Khamis yang lepas, Singleton dikatakan telah meninggalkan kediaman mereka untuk melawat neneknya. Dia turut memberitahu bahawa kelakuan isterinya pada hari itu nampak ‘baik’ dan semuanya berada dalam keadaan normal.

 

Tak kenal suami dan anak-anak

Ketika ditangkap oleh pihak polis, wanita itu juga berkelakuan ‘aneh’ apabila dia menafikan bahawa dia mengenali suaminya. Bukan itu sahaja, dia turut menafikan bahawa dia mempunyai anak.

Dia memberitahu pihak polis bahawa dia percaya bayi-bayi itu, segala alat permainan mereka dan juga kereta tolak mereka telah diletakkan di dalam kediaman mereka oleh seseorang.

Tambahnya lagi, dia tinggal berseorangan di apartment itu dan terjaga pada hari Jumaat sebelum menjumpai dua bayi yang telah mati di ruang tamu rumahnya itu.

Menurut pihak polis, dia tidak terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan setelah terjumpa kedua-dua bayi itu, malah dia sempat pergi mandi pula gara-gara dia ‘suka mandi’.

Pihak penyiasat masih menjalankan siasatan untuk mengesan punca kematian kedua-dua bayi malang berkenaan.

Wanita itu kini telah dihadapkan ke mahkamah dan berdepan dua pertuduhan kerana membunuh.

Hmm penyakit mental ni. Sampai ibu sendiri dah tak kenal anak-anak. 

 Baca: Konon Terdengar Bisikan Ghaib, Suami ‘Hentak’ Kepala Isteri Dengan Lesung Batu Sampai Ajal

Baca Bayi

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.