in

Orang Sibuk Dengan Kebakaran Notre Dame, Tapi Masjid Al-Aqsa Terbakar Langsung Tak Dapat Liputan Media

collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari pagi tadi berderet-deret berita tentang kebakaran yang berlaku di Katredal Notre Dame, Paris. Ramai orang bersedih bila bangunan ikonik yang dibina sejak kurun ke-13 ini terbakar.

Namun, apa yang menyedihkan lagi, tempat ketiga tersuci dalam Islam, Masjid Al-Aqsa turut terbakar pada waktu lebih kurang sama dengan kebakaran Katedral Notre Dame tapi kenapa ia tak dapat liputan meluas dari media tempatan mahu pun antarabangsa?


Al Aqsa Mosque

Macam yang korang tahu, Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum surah Al-Baqarah diturunkan. Ia juga menjadi saksi peristiwa Israk Mikraj bila Rasulullah SAW di bawa dari Masjid al-Haram ke masjid ini untuk diangkat ke langit ke tujuh.

https://twitter.com/PalestinePost24/status/1117860241507377152

Semalam, tular media sosial menunjukkan video kebakaran di Masjid Al-Aqsa. Macam yang korang tengok dekat video di atas, masjid ini dipenuhi api dan asap.

Mujurlah, menurut News Week, pengawal di masjid tersebut memberitahu bahawa kebakaran itu hanya berlaku di luar bumbung Bilik Solat Marwani sahaja.

Mujur pasukan bomba Waqf berjaya menangani insiden kebakaran itu.”

Bilik Solat Marwani ini terletak di bawah sudut tenggara Kuil Gunung yang dikenali oleh orang Islam sebagai Haram al-Sharif, di dalamnya terletak Kubah Batu dan Masjid Al-Aqsa.

Menurut Sheikh Azzam al-Khatib, Ketua Pengarah Waqf Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa kebakaran ini bermula di halaman bilik solat tersebut dan ia mungkin disebabkan oleh kanak-kanak yang bermain di kawasan tersebut.

Kerana liputan media yang meluas tentang kebakaran Katedral Notre Dame, netizen mula mempersoalkan kenapa kebakaran di Masjid Al-Aqsa tak mendapat liputan yang sama?

Kita tak dengar apa-apa pun pasal Masjid Al-Aqsa

Screenshot 2019 04 16 at 10.57.10 AM

Orang Barat lebih kisah tentang Notre Dame dari orang Islam sendiri kisah tentang Al-Aqsa

Screenshot 2019 04 16 at 10.59.35 AM

Tak dengar pun berita yang sama dekat US

Screenshot 2019 04 16 at 11.00.07 AM

Kebakaran Al-Aqsa dikaburi oleh kebakaran yang lebih besar di Notre Dame

Screenshot 2019 04 16 at 11.00.23 AM

Kita husnudzon je lah, mungkin kebakaran di kawasan Masjid Al-Aqsa ni tak sebesar kebakaran yang hampir memusnahkan Katedral Notre Dame sebab tu liputan tak sama hebat. Admin agak je…

Baca: Sayu! Dua Beradik Mati Berpelukan Dalam Rumah Terbakar

Screenshot 2019 04 16 at 11.16.40 AM

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.