in ,

“Orang baik ramai sayang” – 4 Sebab Kenapa Orang Minat Sangat Pasangan Sugu Pavithra Ni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun baru saja berkecimpung dalam dunia YouTube dan masih lagi belajar dengan selok-belok teknologi, pasangan suami isteri yang menggunakan gabungan nama mereka ‘Sugu Pavithra’ telah berjaya menarik perhatian ramai orang dan dapat lebih setengah juta subscribers! Dahsyat!


Dengan hanya bermodalkan resipi masakan, pasangan ini berjaya menarik minat ramai orang sehinggakan bayaran pertama dari Google, dorang berjaya jana pendapatan sebanyak RM8,700. Tapi kenapa ramai sangat orang yang minat dekat pasangan ni?

4 Sebab Kenapa Orang Minat Sangat Pasangan Sugu Pavithra Ni 

Seorang netizen di Twitter telah mengupas empat faktor kenapa S Pavithra dan suaminya, M Sugu berjaya menawan hati rakyat Malaysia.

1. Boleh bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu

2. Guna peralatan dapur biasa & tak fancy macam video memasak lain

3. Jujur dan tulus

4. Tunjuk hubungan kekeluargaan

Memang tak dapat disangkal, sesiapa yang tengok video dari channel Sugu Pavithra ni, confirm sangkut. Tenang je tengok dia masak lepastu rasa macam resipi yang dia kongsi pun semua macam senang je nak buat. Kan?

 

Baca: “Jaga-jaga nanti LHDN cari” – Tindakan Sugu Pavitra Dedah Jumlah Bayaran Dari YouTube Buat Netizen Risau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.