in

Op Global: Polis Rampas Helaian Janggut Dalam Premis GISBH

Helaian Janggut Dalam Premis Gisbh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setakat ini, sebanyak 280 premis berkait GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Fasa 4 OP Global yang bermula pada 21 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 59 premis diserbu dengan memperoleh tangkapan dan rampasan.


Antara barang rampasan dalam serbuan itu ialah helaian janggut yang ditemui di sebuah premis rumah di sekitar Rawang, Selangor.

Artikel berkaitan: “Anak pun tak kenal ibu bapa” – Ahli GISBH Hanya Kenal 2 Daripada 34 Orang Anak

Artikel berkaitan: Mufti Pulau Pinang Gesa Individu Terlibat Dengan Al-Arqam Segera Bertaubat

Menurut Razarudin, rampasan tersebut kemudian dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan didapati barangan disyaki bertentangan dengan ajaran Islam.

Kb19 21092024 Polis 4559197 20240922132851

“Rampasan itu telah dirujuk kepada Jakim dan didapati barangan yang disyaki bertentangan dengan ajaran Islam dan berkait dengan ajaran Aura Muhammadiyah yang telah diharamkan pada 1986 serta Al- Arqam yang telah difatwakan sesat pada 1994,” katanya.

Dalam pada itu, polis bersama Jakim merampas 455 unit naskhah, risalah dan logo. Turut disita 16 buah kenderaan bernilai RM2.07 juta, 26 ekor haiwan iaitu 9 kuda, 14 arnab dan tiga burung merak, wang tunai RM18,650 dan dua utas jam Amazfit RM600 di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613).

Menerusi serbuan Fasa 4 OP Global, sebanyak 221 premis pula didapati telah dikosongkan dipercayai ahli GISBH yang telah melarikan diri.

Sumber: Kosmo!

Sumber: theSun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.