in

COVID 19: Omicron Tak Seteruk Delta – WHO

collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak varian Omicron ditemui oleh saintis di Afrika Selatan, banyak negara yang panik dan mula menyekat pengembara dari negara-negara Afrika. Lebih-lebih lagi varian ini dikatakan lebih mudah untuk merebak dan boleh bermutasi dengan cepat.

Bagaimanapun, Pengarah Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan memberitahu yang setakat ini tiada indikasi menunjukkan Omicron ini menyebabkan orang jatuh sakit lebih teruk berbanding varian-varian lain seperti Delta.


Malah, vaksin sedia ada ini dikatakan mampu untuk melindungi orang yang dijangkiti Omicron dari kesan penyakit ini.

omicron afp 2036193 20211203120853

Kita mempunyai vaksin yang sangat berkesan dan terbukti efektif menentang semua varian setakat ini. Jadi tak ada sebab untuk merasakan ia tak boleh menentang Omicron.”

Perkara yang sama turut diberitahu oleh pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Anthony Fauci yang mengatakan Omicron tidak seteruk varian sebelum ini termasuk Delta walaupun ia sangat mudah untuk merebak, ia mungkin kurang merbahaya daripada Delta jika dilihat dari jumlah pesakit yang perlu dimasukkan ke dalam hospital di Afrika Selatan.

Bagaimanapun, lebih banyak kajian dan penyelidikan perlu dilakukan terhadap varian Omicron ini untuk mendapat maklumat yang lebih mengenai varian baru ini.

Namun begitu, masih tiada lagi kematian akibat Omicron dilaporkan setakat ini.

Sumber: Sinar Harian, Hindustan Times

 

Baca:  COVID-19: WHO Belum Lihat Laporan Kematian Berkaitan Varian OmicronScreenshot 2021 12 08 at 1.18.53 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.