Weh, korang tahu tak dekat Sunway Pyramid ada replika patung “Red Light Green Light”?!
https://www.instagram.com/p/CUylP28hjSo/
Bukan tu je, baru-baru ini ada seorang pengguna TikTok kongsikan yang dia telah berjumpa dengan kembar pemain 101 ni tau! Ala yang jadi gangster besar dalam siri popular nombor 1 dunia ni.
@richgirlish Sis da sampai korea ,doakan sis selamat dalam #squidgame ok? #tiktokmalaysia #VslRichKl #foryou #netflix
Perkongsian dari gadis ini telah buatkan ramai yang terkejut. Mana tidaknya, muka lelaki tersebut memang mirip betul dengan Deok-su.
Menjengah ke Instagram Sunway Pyramid, mereka juga turut memuat naik gambar lelaki mirip Deok-su ini dengan kapsyen “Cuba teka siapa singgah?”
https://www.instagram.com/p/CVARRDNFr6O/
Wow pandai jugak dorang cari orang muka sebijik ni untuk promotion.
Sebelum ni pun, viral juga seorang wanita dari Malaysia turut mempunyai wajah mirip Han Mi-nyeo iaitu pemain 212 lakonan Kim Joo-ryoung sampai dapat dapat repost dari pelakonnya lagi.
Peh, ramai rupanya orang Malaysia yang muka macam artis-artis dari Korea. Boleh buat Squid Game versi Malaysia ke ni?
Baca: Wanita Viral Sebab Muka Iras Pemain 212 Squid Game, Sekali Dapat Perhatian “uan Badan”