Setiap tahun pasti kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Banyak moment yang kita tunggu menjelangnya Hari Raya Aidilfitri contohnya suasana balik kampung dengan family, jumpa atuk dan nenek, ziarah rumah kawan-kawan dan macam-macam lagi.
Tapi, tahun 2020 ni agak berbeza sebab Malaysia dilanda pandemik Covid-19 dan kerajaan mengarahkan semua rakyat untuk tetap kekal berada di rumah untuk menghadkan pergerakan masing-masing. Hal ini berlanjutan sehinggalah ke Hari Raya dan menyebabkan ramai orang tak dapat nak beraya macam-macam tahun sebelum ni. Ini dia perkara-perkara yang kita akan lalui untuk raya tahun 2020
1. Tak dapat balik kampung
Tiap-tiap tahun mesti ada yang balik kampung sebab nak ziarah mak, ayah, atuk, nenek dan saudara mara sebab ye lah raya kan setahun sekali, so orang ramai ambil peluang ni untuk balik kampung. Tapi tahun ni tak dapat nak balik kampung sebab semua kena stay je kat rumah.
Mungkin yang dah berkahwin ok sikit sebab ada lah yang teman pagi raya, tapi orang-orang bujang ni confirm sedih waktu pagi raya sebab sorang-sorang kat rumah.
Takpe lah kan kita berkorban sikit supaya Malaysia kembali pulih daripada wabak Covid-10. Mana tau dengan pengorbanan kecil macam ni dapatlah negara kita bebas daripada Covid-19
2. Duit raya online
Part ni budak-budak mesti suka sebab akan dapat duit raya daripada keluarga yang tak dapat nak jumpa. So, orang-orang yang dah besar nanti get ready simpan no acc budak-budak yang nak dibagi duit raya ni.
Tapi mungkin jumlah amaun kutipan duit raya lebih sedikit sebab ye lah tak dapat nak pergi rumah jiran nak dapat duit raya, kalau jiran still nak transfer duit raya kira untung lahh.
3. Tak dapat ziarah rumah jiran dan saudara mara
Disebabkan semua orang akan duduk rumah je, so aktiviti kunjung mengunjung tak dapat nak dibuat untuk mengelakkan apa-apa penyakit atau jangkitan daripada orang luar. Better kita stay je kat rumah, senang-senang video call je dengan keluarga ataupun jiran yang jauh. Lepas tu masing-masing menikmati juadah Hari Raya di rumah masing-masing.
4. Tak dapat solat sunat Hari Raya Aidilfitri
Setiap pagi Aidilfitri, umat Islam akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah. Tak kira kaum lelaki ataupun wanita, sudah pasti kita akan datang ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri berjemaah.
Tapi tahun 2020 rasanya tak dapat lah nak merasa solat sunat Aidilfitri sebab semua tempat ibadah mostly ditutup untuk mengelakkan aktiviti berhimpun yang menjadi salah satu faktor punca wabak Covid-19 merebak. So, semua orang akan duduk rumah je lah pagi raya sambil makan ketupat dan rendang. So, kat sini ketua keluarga main peranan untuk buat solat sunat Hari Raya Aidilfitri kat rumah.
5. Main bunga api sorang-sorang
Aktiviti bermain bunga api confirm jadi salah satu aktiviti yang boleh dikatakan wajib untuk kanak-kanak waktu malam-malam menjelang Aidilfitri sebab ye lah, kan kalau main bunga api dapat kumpul dengan cousin lepas tu dapat tengok gelagat anak kecil main kat halaman rumah.
Tapi tahun ni dah tak dapat nak kumpul ramai-ramai takkan nak main bunga api sorang-sorang. Tak best lah kan, mesti nak juga ada saudara yang lain join sekali.
So, Raya tahun 2020 ni mungkin antara tahun yang mungkin kita akan sambut Hari Raya Aidilfitri berbeza daripada tahun-tahun sebelum disebabkan wabak Covid-19 dan kita kena biasakan diri dengan norma baharu sebelum vaksin bagi penyakit ini ditemukan. Kita doakan supaya tahun seterusnya kita dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti biasa. Salam Lebaran dari admin 🙂