in

Niat Nak Cari Kain Rentang, Sekali Jumpa ‘Benda Lain’

Jumpa Mayat Dalam Semak
Gambar Hiasan

Banyak perkara yang tidak disangka boleh berlaku dan ianya terpulang kepada kita bagaimana untuk mengendalikannya.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila dia berniat untuk mencari kain rentang berkenaan penjualan tanah di kawasan yang bersemak namun terkejut apabila dia terjumpa sesuatu yang boleh menaikkan bulu roma.

Lelaki tersebut terjumpa mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian dan insiden itu berlaku di Lorong Cempaka Kampung Sungai Kajang.

Cats 31

Menerusi laporan Sinar Harian, lelaki yang dikenali sebagai Toriman Marsaid itu menemui mayat tersebut yang berada dalam keadaan tertiarap.

Toriman turut memberitahu, dia berbasikal di kawasan sekitar untuk mencari kain rentang berkaitan jualan tanah lot tetapi tidak menemuinya.

“Saya kemudian singgah ke kedai makan berhampiran sebelum berpatah balik ke tanah lot tersebut untuk mencari kain rentang terbabit.” katanya.

Menurutnya, ketika dia sedang ralit mencari kain rentang tersebut, dia terlihat kain buruk di dalam semak tersebut.

“Saya ingatkan kain rentang (penjual tanah) buang di situ, saya terus tengok dan rupanya ada mayat di dalam semak.

Saya mulanya nampak kaki dan kemudian keseluruhan badan mayat yang lengkap berpakaian.” katanya lagi.

Dia kemudiannya keluar daripada semak itu secepat mungkin lalu menelefon MERS 999 untuk tindakan lanjut.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa mengesahkan penemuan mayat tersebut dan beliau memberitahu, siasatan lanjut akan dijalankan setelah selesai proses bedah siasat.

Baca: Creepy! Video Suspek Tenang – Sempat Senyum Bawa Mayat Rakan Sekerja Lepas Dibunuh Akibat Cemburu

Ft Senyum Lepas Bunuh Rakan Sekerja

Sumber: Sinar Harian