Akhir-akhir ni banyak kes jenayah kejam yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Tak kira berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah dalam kalangan keluarga sendiri. So, kena lebih berjaga-jaga dengan persekitaran masing-masing.
Pembunuhan yang sangat kejam berlaku di Chiang Rai, Thailand dimana seorang lelaki telah membunuh ibunya sendiri malah turut mencincangnya bagi menghilangkan kesan bukti pembunuhan. Dah bunuh, cincang pulak tu. Kejamnya.
Tindakan suspek yang berumur 35 tahun itu kantoi apabila dia sendiri membuat pengakuan mengenai tindakannya itu kepada pihak polis.
Suspek menghubungi pihak polis sebab tak tahan dengan pertanyaan jirannya yang mengatakan dia asyik melihat kelibat ibunya di rumah.
Menurut polis, lelaki itu bertindak sedemikian kerana mangsa mengugut suspek untuk membuat laporan polis kerana dia telah merogol anaknya sendiri.
Sedikit pertelingkahan berlaku antara dua beranak itu sebelum mangsa dapat detect perbuatan suspek merogol anaknya sendiri.
Pihak polis tiba di rumah suspek dan menemukan cebisan mayat wanita yang berusia 53 tahun di dalam dua bekas berisi ais, lapor Sinar.
Yang lebih menggerunkan lagi, kepala mayat tersebut ditanam tidak jauh dari kediaman mereka di kampung Hua Wiang. Dia pisahkan kepala dengan badan pulakk
Dimaklumkan, suspek tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 15 tahun setelah bercerai dengan isterinya setahun yang lalu.