in

“Ni minta hantaran 20K pun boleh”- Suami Kagum Isteri Serba Boleh, Siap Masuk Sungai Cari Ikan

cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau cakap bab kahwin, mesti akan terfikir berapa la hantaran perempuan tu kan? Demand sangat ke tak hantaran dia nanti? Wang hantaran tinggi ke rendah ke, yang penting nilai kehidupan selepas perkahwinan itu yang perlu dilihat. Perkahwinan ini sebenarnya dikira satu proses pembelajaran juga tau!

Menerusi satu perkongsian di Twitter oleh Firdaus Ibrahim pada 2 Mei lalu yang mendapat hampir 7 ribu retweet dan lebih 14 ribu likes, dia menceritakan kisah isterinya yang sanggup ikut bapanya mencari ikan di sungai.


 

Tak semua perempuan sanggup

Video yang dikongsikan melalui tweet tersebut menunjukkan isterinya bersama ahli keluarga tidak kekok untuk ke turun ke sungai bagi mencari ikan sebelum berkongsi hasil tangkapan yang agak mengagumkan.

https://www.tiktok.com/@zafidos/video/6957510791272729857?_d=secCgYIASAHKAESMgow249uw3aNRhFTjUyIDiRAa32UQA4sA2HVCCK07HZrg5rW0WcdjNQa8WKm9VOJdMpmGgA%3D&language=en&mid=6873375589353474818&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=6957510791272729857&source=h5_t&timestamp=1620096746&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

“Pulun la menantu hantu ni nak ikut juga turun sungai. Port kedua tak payah naik sampan, terus redah masuk air.”

Wanita yang dikenali sebagai Siti Fatimah itu kelihatan teruja ikut bapa mertua dia masuk ke dalam sungai tanpa risau memikirkan kehadiran lintah, pacat atau binatang-binatang yang mungkin ada dalam sungai tersebut. Mana nak cari perempuan macam ni lagi eh?

 

Minta hantaran tinggi pun boleh

Menurut bekas atlet tenis paralimpik negara tersebut, dia menyifatkan isterinya yang berumur 27 tahun itu sebagai isteri yang serba boleh dan sanggup bayar jika wang hantaran yang diminta di awal perhubungan mereka bernilai RM 20 ribu.

Wife aku ni kalau demand hantaran 20K pun make sense ni, semua boleh buat, turun sungai cari ikan pun boleh.”

Lelaki ini bercerita yang isterinya itu dulu cuma minta hantaran RM6 ribu dan siap tolong bayarkan separuh wang hantaran tersebut. Bertuah lelaki ni dapat wanita yang tak membebankan, malah menyenangkan lagi ada lah.

 

Netizen pun kagum

Di ruangan komen tweet tersebut, rata-rata netizen kagum bila lihat wanita tersebut sanggup redah sungai ikut bapa mertua cari ikan.

photo6091352069681294278

photo6091352069681294279

Memang salute gila-gila la dekat isteri dia. Yang lelaki pun belum tentu boleh ye.

 

Sumber: Firdaus Ibrahim

Baca:[VIDEO] “Daripada pembalut tangan boleh buat anak tudung”- Gaya Lelaki Ini ‘Promote’ Kain Serbaguna Bikin Netizen Geli Hati

Capture 10

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.