Bayangkan, apa perasaan korang bila barang yang dah bertahun-tahun hilang tiba-tiba jumpa balik?
Tahun lepas, penjaga sekolah North Canton City School di Amerika Syarikat telah mendengar satu bunyi kuat datang dari arah loker. Bila dia siasat, dia dapati besi yang melekatkan loker ke dinding telah terjatuh. Masa dia cuba nak betulkan, dia nampak dompet berwarna merah diselaputi habuk setebal enam inci di bawah bukaan tersebut.
Selepas membuka dompet tersebut dan melihat isi di dalam, pihak sekolah mendapati dompet tersebut adalah milik salah seorang pelajar bernama Patti Rumfola yang hilang pada tahun 1957.
Setelah lebih setengah tahun, akhirnya pihak sekolah berjaya menemui anak-anak Patti namun malangnya dorang dapat tahu yang Patti telah pun meninggal dunia pada tahun 2013.
Dompet yang telah hilang hampir 63 tahun ini kemudiannya diserahkan kepada anak-anak Patty dan dibuka semasa keluarga ini berkumpul untuk melihat sendiri kehidupan ibunya semasa remaja.
Kandungan di dalam dompet ini kemudiannya didedahkan di Facebook pada Khamis lalu. Mengejutkan, dompet dan barang-barang dalamnya memang tak rosak langsung!
Macam yang korang boleh tengok dalam gambar-gambar kat bawah ni, barang-barang dalam dompet ni sama macam apa yang biasanya ada dalam beg wanita termasuklah sikat, compact powder dan lipstick warna pastel pink serta chewing gum!
Dalam dompet ini terdapat juga kad ahli di perpustakaan tempatan dan beberapa gambar hitam putih yang merupakan keluarga, rakan-rakan dan seekor anjing yang diambil sekitar tahun 50-an.
Anak-anak Patty turut menemui duit syiling berjumlah 26 sen yang mereka simpan untuk dijadikan memori.
Setiap seorang dari lima anaknya telah menyimpan satu syiling untuk dijadikan token bagi mengingati ibunya.”
Patti habis belajar dari sekolah tersebut pada tahun 1960 sebelum meneruskan kareer sebagai seorang guru dan berkahwin dengan suaminya pada tahun 1980.
Mesti emotional gila anak-anak dia tengok barang-barang lama mak dorang ni.