Sebelum ni kecoh cerita pasal Balai Seni Negara nak buat pameran kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 sampai dapat banyak kecaman netizen.
Terbaru Menteri Belia Dan Sukan pula umumkan yang kemungkinan pihaknya akan membawa masuk kumpulan terkenal k-pop iaitu Bangtan Boys (BTS) untuk buat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Memetik Malaysia Kini, Syed Saddiq berkata kehadiran BTS ke Malaysia bukan untuk melalaikan generasi muda sebaliknya ia perlu dilihat sebagai pelaburan yang menguntungkan.
Namun, kenyataan itu nyata mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan terbabit.
Salah seorang yang menyuarakan pandangan ialah artis lagenda rock tanah air, Datuk Awie yang nyata tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini yang ditulis beliau dalam posting di facebooknya.
Ini lah satu menteri yang nak jahanamkan artis2 tempatan agaknya…Pun*i betullah! Panggilah artis luar semua biar artis-artis kita semua padam, bungkus dan melingkup!!
https://www.facebook.com/awie.pamalo/posts/847285765619865
Korang mesti nak tau kenapa Awie panas sangat dengan cadangan tersebut kan? Kat sini admin terangkan satu-satu kenyataan Awie supaya korang boleh nilai sama ada cadangan bawa masuk BTS tu bijak atau sebaliknya.
“Awie memang nampak marah la bila Menteri Belia dan Sukan ni bagitau yang kemungkinan akan bawa masuk kumpulan BTS sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, sedangkan ada banyak lagi artis tempatan lain”..betul jugak kan?
Awie bukan sengaja cakap macam tu, sebaliknya dia berpendapat kan lebih elok kalau kementerian gunakan artis tempatan atleast boleh bantu juga artis-artis ni pada masa sama nampak juga rasa cinta pada bangsa dan budaya.
“Banyak je artis yang hebat dan berkualiti dalam negara, kenapa mesti nak angkat artis luar?”
“Puluhan tahun aku jadi penghibur, tahun ni aku rasa paling teruk dalam sejarah hidup”
Well korang rasa macam mana? patut ke bawa masuk kumpulan k-pop BTS buat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020?
Tapi ramai jugak yang tak setuju yer.
Baca : 4 Nota Akhir Yang Ditinggalkan Selebriti Kpop Sebelum Bunuh Diri!