Kehidupan marin merupakan salah satu keindahan yang dicipta oleh tuhan, pelbagai bentuk fizikal dan corak warna yang menarik.
Sebenarnya banyak lagi kehidupan marin yang masih menjadi misteri yang belum di terokai oleh saintis lagi.
Terbaru! saintis Australia menemukan 30 spesis haiwan laut baharu dan apa yang mengejutkan, mereka menemui spesis haiwan terpanjang yang pernah mereka lihat, lapor The Guardian.
Penemuan spesis haiwan terpanjang itu adalah Siphonophores yang berukuran kira-kira 150 kaki (46 meter)
Difahamkan mereka menemui spesis ini ketika membuat ekspedisi dalam gaung bawah laut Australia Barat.
Turut dilaporkan kapal selam pengkaji membuat penyelaman sedalam 4,439 meter dan di situ mereka menemukan spesis yang terpanjang ini.
Nerida wilson seorang penyelidikan kanan di Muzium Australia Barat telah mengetuai ekspidisi ini dan beliau tidak sangka banyak lagi spesis yang belum diterokai di dasar laut.
Walaupun kawasan itu dilindungi, kita sebenarnya tidak tahu apa yang tinggal di sana. Kami benar-benar ingin mendedahkan kepelbagaian biologi di sana,” – Nerida Wilson
Panjang spesis ni lebih panjang dari ikan Paus Biru yang pernah mencatatkan 98 kaki (29.9 meter), Wow!
Untuk melihat spesis ini boleh tengok video di bawah
You're looking at what may be the world's longest animal ever seen in the ocean:
Scientists discovered this gigantic, UFO looking deep-sea creature in Western Australia. pic.twitter.com/mzcstM3YBa
— AJ+ (@ajplus) April 20, 2020
Siphonophores
Direkodkan spesis ini tergolong dalam golongan obor-obor, ianya adalah pemangsa laut dengan tentakel yang menyengat di dalam air.
Jika ada ikan kecil terkena tentakelnya, haiwan itu akan lumpuh, sebelum haiwan ini membelitnya dan bawa ke badannya untuk memakan.
Turut dikongsikan Siphonophores ini mampu mencapai panjang sehingga 50 meter.
Spesis ini dikatakan hidup secara berkelompok dan akan membiak dengan banyaknya.