in

“Ni gimik je macam nak tiru Nabila Razali” – Pergaduhan Dato’ Aliff dan Sajat Sekadar Gimik MV?

Gadoh La

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Ni gimik je macam nak tiru Nabila Razali" - Pergaduhan Dato' Aliff dan Sajat Sekadar Gimik MV?
Loading
/

Kasihan Dato’ Aliff Syukri dan Sajat kan? Banyak pula dugaan mereka dalam proses menyiapkan lagu pertama yang bertajuk Abang Nak Tegur. Jika sebelum ini pihak mereka telah memuat naik video lirik lagu tersebut dan mempunyai jumlah dislikes sebanyak 68,000. Kali ini mereka ditimpa dugaan yang lain pula. Eh apa lagi ni??

Baru-baru ini, Aliff Syukri dan Sajat telah terbang jauh ke beberapa negara termasuklah Sepanyol dan Turki untuk menjalani penggambaran muzik video rasmi bagi lagu Abang Nak Tegur. Namun di sebalik gahnya sesi rakaman tersebut, tersebar pula berita tidak enak yang mengatakan Sajat dan Aliff bertegang urat disebabkan suatu isu. 


Sajat 1 E1512962264787
sumber: instagram

Menerusi video berdurasi 50 saat yang tular di Youtube, Aliff dilihat sedang memarahi Sajat kerana tidak pandai menari di hadapan kru penggambaran termasuk pengarah, Yusri Abdul Halim dan isterinya, Lisa Surihani. Opss apa hal pulak tu??

“Kau ni pandai menari ke tak pandai menari?!” 

“Saya dah buat yang terbaik dah. Janganlah marah saya depan orang ni. Malulah saya…” kata Sajat yang kelihatan sedikit sedih dan kecewa.

Aliff kemudian dilihat merungut sambil berjalan meninggalkan lokasi penggambaran tersebut. Manakala Sajat pula mengambil jaketnya daripada Lisa dan menutup bahagian muka yang kelihatan sedih dan menangis. Wuish garang jugak Dato’ Aliff ni! 

Walau bagaimanapun, reaksi kedua-dua usahawan tersebut tidak dapat mengambil hati netizen yang menganggap ia cuma satu lakonan dan gimik untuk melariskan lagu serta muzik video yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Hmm… boleh jadi juga kan? 

Wayang 1
sumber: instagram
Kutuk 1
sumber: instagram

Perbalahan di antara kedua-duanya juga dapat dilihat melalui posting Instagram masing-masing yang saling berkongsi rasa marah, sedih dan kecewa atas apa yang berlaku sepanjang penggambaran tersebut berlangsung.

Abang 1
sumber: instagram
Abang 2
sumber: instagram
Abang 3
sumber: instagram
Abang 4
sumber: instagram

Anda rasa macam mana? Betul ke Dato’ Aliff dengan Sajat bergaduh sampai dah tak boleh bertemu muka? Mesti tak senang duduk Coach Yin kat Malaysia kan. Ish macam-macamlah dorang ni. 😀

Baca: “Gila bapok tua ni” – Sajat Dikecam Menari di Negara Orang

Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.