in

“Ni bapak jenis pemalas taknak kerja!” – Viral Pasal 2 Beranak Pergi IJN Dari Terengganu Naik Motor, Rupanya…

Tipu Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral dekat Twitter baru-baru ni thread cerita pasal pengalaman lelaki yang berjumpa dengan seorang bapa bersama anak gadisnya berusia 15 tahun.

Menurut posting itu, dia dan keluarganya yang ikut highway LPT berhenti sekejap dekat RNR Maran sebelum terserempak dengan dua beranak tu.


Terjumpa diorang tadi dekat RNR Maran dan kebetulan berkongsi satu pondok.”

Ijn1
sumber: twitter

Lepas tu ayah dia bertanya dekat dua beranak ni nak ke mana. Katanya, mereka berdua dari Institut Jantung Negara (IJN) di KL dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu.

Dari IJN nak ke Kuala Terengganu sebab anak dia ada penyakit buah pinggang dengan jantung berlubang, dia berhenti tu pun sebab anak dia dah nak kena sawan.”

 

Mak sedekah makanan

Ijn3
sumber: twitter

 

“Takpe pelan pelan inshaAllah sampai.”

Tak sampai hati, ayah dia berhenti dan tahan motor dua beranak tu dekat tepi highway. Bila offer untuk hantarkan anak dia sampai Kuala Terengganu, pakcik tu jawab,

Takpe pelan pelan inshallah sampai.”

Lepas dah sedekah sedikit wang kepada dia, mereka teruskan perjalanan meninggalkan dua beranak tu. Tapi, menurut Harian Metro, dua beranak ini rupa-rupanya tipu!

Ijn2
sumber: twitter

Yayasan Institut Jantung Negara (IIJNF) turut mengeluarkan kenyataan menasihati orang ramai supaya jangan tularkan cerita yang tak sahih.

Disebabkan cerita tu dah viral, ramai bertanya dengan IJNF tentang lelaki tersebut serta anaknya yang dikatakan menerima rawatan di sana

 

Dah lama tak buat rawatan susulan 

Selepas siasatan dibuat, individu terbabit adalah orang yang sama didapati menipu sebelum ini. Kami sudah maklumkan perkara terbabit di ‘wall’ (Facebook) kami.”

Siasatan lanjut juga mendapati kali terakhir pesakit itu ke IJN untuk rawatan susulan adalah pada 2016. Mereka tidak datang lagi ke IJN selepas itu.”

Pihak IJNF memohon agar semua mendapatkan maklumat dari pihak yang sepatutnya sebelum mengumumkan sebarang berita.”

 

Mempergunakan anak untuk dapat simpati

Ramai netizen di Facebook yang cerita pasal bapa tu yang selalu mengharapkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Negeri (JKN) dan keadaan jantung anak dia pun dikatakan dah lama pulih.

Dia menggunakan kebaikan orang untuk kesenangan dia.”

Scam1

Scam2
sumber: twitter

 

Bila fikir balik, kesian dekat orang yang betul betul dalam kesusahan. Yela sebab zaman sekarang banyak sangat yang menipu. Nanti kalau jumpa orang yang tak tipu, orang jadi ragu-ragu pula..

Baca: “Aku doa mu mati eksiden belake” – Anak Bengang Scammer Tipu Duit Mak Ayahnya Hampir RM16,000 Untuk Beli Oven Konon Harga RM4000

Tipu Tipu Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.