in

Netizen Tak Setuju Cara Wanita ‘Ceroboh’ Padang Masa Ada Permainan Bola Sebab Nak Panggil BF Balik

GF masuk padang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aksi seorang wanita mengundang kecaman netizen selepas videonya memasuki padang ketika satu perlawanan bola sepak sedang berlangsung.

Menurut sumber, wanita terbabit berkelakuan sebegitu kerana mahu memanggil salah seorang pemain yang disyaki teman lelakinya untuk pulang.


Aksi terbabit mula viral setelah ia dikongsikan ke media sosial. Rata-rata pengguna media sosial kurang setuju dengan tindakan wanita terbabit dan menyifatkannya sesuatu yang memalukan pada si teman lelaki.

Korang boleh tengok video tu kat bawah:

https://www.instagram.com/p/Ch4hG8lOylt/?hl=en

Menerusi video terbabit, fokus semua yang berada di padang itu teralih selepas wanita bertopi keledar itu dengan selamba berjalan memasuki padang.

Pada mulanya, ramai yang menyangka mungkin ada kecemasan. Namun begitu, setelah melihat aksi si teman lelaki yang jelas terganggu dengan tindakan pasangannya itu, ramai netizen mula berubah fikiran.

“Nak kata ada emergency tapi gaya si lelaki tak nampak macam ada emergency pun,” tulis seorang netizen.

“Tak ada adabnya selamba malukan pasangan depan umum macam tu,” kata yang lain pula.

Sumber: Suarabatam

Baca: [VIDEO] Kecoh! Wanita Dibelasah Lepas Mengamuk Baling Tong Sampah Tepi Padang Bola Gara-gara…

collage 70 e1662176191295

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.