in

Netizen Sebak Suami Sanggup Botak Tanda Sokong Isteri Hidap Kanser Ovari

Kanser 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @Erol_Azis memaparkan dirinya sedang mencukur rambut isteri kesayangannya di sebuah kedai potong rambut. Dengan kapsyen ‘Cancer Fighter’ jelas membawa maksud isterinya terpaksa dibotakkan kepala disebabkan penyakit yang dihidapinya.

Artikel berkaitan: “Jangan menangis saya akan ok” – Chef Wan Disahkan Menghidap Kanser Limfoma


Artikel berkaitan: “Berat ujian Allah” – Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Gara-gara Suka Makan Pedas?

@japan_clothing.co

Cancer fighter !! All people luv u…. #cancer #cancerfighter #chemo

♬ Betapa Hatiku (Cover) – Efrydo Sihotang

Menurut laporan mStar yang menghubungi pemilik video itu, Mohd Fairul yang mesra dipanggil Erol menjelaskan dia tidak sanggup melihat isterinya menangis ketika sedang proses membotakkan kepala.

Dia membawa isterinya, Liza pergi ke kedai gunting rambut dan request kepada orang di kedai untuk memotong rambut isterinya. Sepanjang proses mencukur rambut, Erol yang sedang menahan sebak berkali-kali mencium kepala isterinya sebagai tanda kasih sayang.

Erol berkata sebelum memotong rambut, dia ada berpesan kepada Liza untuk tidak menangis namun sebaik sahaja rambut habis dicukur, berjurai juga air mata isterinya sebelum dia sendiri mengambil keputusan yang mengejutkan Liza.

Tapi lepas habis potong rambut, saya tengok dia dah pun menangis. Jadi saya ambil keputusan sebagai tanda sokongan, saya potong rambut sendiri. – Erol

Erol menambah, isterinya mengalami sakit perut pada awalnya disebabkan ketumbuhan sejak tahun 2022. Setelah ketumbuhan itu pecah pada tahun lepas, isterinya terpaksa menjalani pembedahan sebelum disahkan menghidap kanser ovari.

Dia sebagai suami amat sedih dengan ujian yang menimpa kerana selama ini Liza ibarat tulang belakangnya ketika susah dan sedang. Sampai ke hari ini juga kesihatan isteri Erol tidak begitu baik kerana perlu menjalani enam kali cycle kemoterapi.

Erol yang tidak menyangka video kenangan itu menjadi tular, meminta orang ramai mendoakan isterinya agar sihat dan kuat untuk menjalani ujian ini. Rajinkan diri juga untuk jalani pemeriksaan kesihatan kerana sakit tidak mengira usia.

Di ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa sebak melihat video ini. Mereka juga mendoakan agar isteri Erol diberikan kesihatan dan kekuatan untuk melawan penyakit tersebut.

Kanser 2

Kanser 1

Sumber: TikTok, mStar

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.